BOLEH KURUS DENGAN WARNA?

macs

 

RAMAI WANITA HENDAKKAN TUBUH BADAN YANG IDEAL.

Nak badan kurus tapi selera makan bertambah-tambah?

Hari ini patik kongsikan tips kurus hanya dengan warna.  Bunyinya memang kurang logic, tetapi ianya boleh juga diamalkan dan diambil sebagai ilmu pengetahuan.

150526103052-pizza-hut-natural-780x439

Semoga tiada yang berkecil hati dengan perkongsian patik ini ya..

 

 

blueplate1

Kesan selera makan dengan pinggan biru

Transformasi 5 Wanita oleh The Face Shop Malaysia

img_0443-1

Pada 25 September 2016, The Face Shop telah mengadakan satu aktiviti yang sangat menarik di kalangan pengguna dan followers Wawa Idris iaitu Total Makeover. Dimana make up dan sesi fotografi disponsor penuh oleh The Face Shop, manakala baju oleh Sofia Ellen Boutique dan hijab oleh Armany Scraves.

img_0449

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempromosi barangan make up yang baru dikeluarkan oleh The Face Shop dan juga untuk membantu golongan wanita yang kurang keyakinan diri untuk tampil anggun dan memukau. Bukan senang tau nak dapat tawaran Total Makeover yang dianjurkan ni………peserta yang merupakan followers setia patik terpaksa bersaing secara adil dalam laman sosial facebook yang diwar-warkan sendiri oleh patik. Susah juga pada awalnya nak memilih Top 5 kerana terlalu ramai wanita yang ingin mencuba nasib. Dan akhirnya pemilihan dibuat berdasarkan kesungguhan peserta itu sendiri.

img_0446

Setelah selesai didandan dari atas hingga bawah, peserta dikehendaki pose di hadapan abang cameraman dengan penuh keyakinan. Mulanya malu-malu juga, tapi setelah patik bagi sedikit tips bagaimana cara untuk pose nampak slim, yakin dan menawan, peserta akhirnya berani untuk posing ala-ala model Victoria Secret. Sporting betul peserta-peserta yang patik pilih.

Ini antara peserta-peserta yang berjaya dipilih ke Top 5:-

 

img_9850 dsc_0650      1. Nurul Amalina Ghazali

dsc_0724 dsc_0871       2. Norlela Ishak

dsc_0641 dsc_0734       3. Nurul Nadia Musa

dsc_0680 dsc_0813       4. Nurul Makhwa Hashim

dsc_0636 dsc_0691       5. Suerianni Mohd Salleh

 

Nanti patik umumkan pemenang ya.

 

 

 

 

 

KISAH BENAR – WANITA INI JANA 4 ANGKA SAMBIL DUDUK DALAM PENJARA

Kisahnya begini…
Seorang wanita bernama Puan Shikin hampir sepenuh masanya dihabiskan di “dalam penjara”.  Apabila duduk dalam penjara faham-faham sahajalah.. rasa tidak selesa lebih-lebih lagi masa nak nak berwudhu, pasti ada.

Ditakdirkan satu hari sahabat Pn Shikin diperkenalkan dengan sejenis  tisu lembap istimewa yang kononnya untuk tanggalkan makeup dan segala krim di wajah sebelum berwudhu.. Biasalah perempuan kalau keluar pergi kerja (walaupun kerja dalam penjara) mesti tetap nak pakai mekap walau berbedak kan?

Beliau memang terkejut tak sampai 10 saat segala celak mata, maskara, celak kening, eyeliner yang hitam legam, lipstick “long lasting” DENGAN MUDAHNYA TANGGAL MACAM GOSOK DENGAN MINYAK MAKE-UP REMOVER atau pencuci muka je. Ha tak perlu dah heret pencuci muka ke hulu-kehilir 😁😁😁

Puan Shikin terus beli untuk pakai kegunaan sendiri dan juga terus “sign up” sebagai Angel (ejen) dan dapat harga yang lebih murah.

Produk terbaru di pasaran

Produk terbaru di pasaran

Alhamdulillah PENDAPATAN JUAL IMAAN SUCI WIPES (ISW) CECAH 4 ANGKA SEBULAN 😱😱😱😱 dengan HANYA KONGSIKAN KELEBIHAN TISU IMAAN ni pada rakan sekerja, saudara mara, rakan facebook yang mempunyai masalah yang sama masa nak ambik wudhu jerr…  Tak sangka pulak ramai yang tumpang order dengannya…
.
Syukur kerana HASIL JUALAN SAMBIL DUDUK DALAM PENJARA tu beliau dapat selesaikan banyak masalah kewangannya setiap bulan sepert bil-bil, sewa rumah, ansuran kereta, belanja dapur & juga dapat bawa anak-anak makan diluar tanpa menunggu hari gaji lagi.. Walaupun baru tiga (3) minggu sertai Imaan Angel, bulan ini Puan Shikin berjaya menjadi Top Sales Performer dengan jualan 30 cartons.

Top three (3) Sales Performer

InsyaAllah Puan Shikin antara calon Angel yang layak memenangi trip ke Bandung, Indonesia sebagai insentif hasil jualan Imaan Suci Wipes.  Seramai sepuloh (10) orang Angel akan diterbangkan secara percuma ke Bandung.  Best kan..

Jom ke Bandung

Jom ke Bandung

Itulah kisah seorang pekerja kerajaan di penjara.  Inilah hasilnya bila kita CEPAT BERTINDAK!!!
.
SIAPA YANG NAK DAPAT 4 ANGKA SEBULAN SAMBIL DUDUK DIRUMAH BOLEH PAKAI BAJU LAWA2, BOLEH MEKAP CANTIK2 DEPAN SUAMI, BOLEH BAWA ANAK2 MAKAN DILUAR, BOLEH BELI APA SAHAJA DENGAN DUIT SENDIRI??? 🙋🙋🙋
.

Ramai yang nak tahu apa kelebihan menjadi Angel usahawan Imaan Suci Wipes ini.

i. Produk ini adalah yang pertama di Malaysia, maka tiada saingan. Senang menjualnya.

ii. Tisu lembap pembersih wajah beri kemudahan untuk wanita yang berkerja & travel untuk ambil wudhu dan bersolat.

iii. Harga jualan mampu milik untuk semua golongan.  Maka jualannya memang laju.

iv. Konsep branding & packaging yang sangat cantik dan moden

v. Angel (ejen) dibekalkan dengan beratus testimoni, video, poster, flyers, buntings dengan sokongan yang kuat dari HQ.

vi. Mendapat sokongan latihan percuma daripada Pengasas produk ; Pn Wawa Idris yang juga merupakan seorang penceramah selebriti dalam bidang personaliti, imej & branding.

Keluarga Angel ISW

Keluarga bahagia Angel ISW

Sebarang pertanyaan berkenaan produk , sila whassap nombor berikut:

📲 0 1 9 2 8 6 2 8 2 8
📲 0 1 9 2 8 6 2 8 2 8
📲 0 1 9 2 8 6 2 8 2 8

Maklumat lanjut berkenaan tisu istimewa ini sila layari www.imaansuci.com

Tips Elak Gangguan Siber

Pernah tak follower blog patik ni jadi mangsa gangguan siber kan? Maksudnya dapat gangguan di whassap, FB, weechat dan sebagainya. Tidak kira perbuatan jenayah itu secara langsung atau tidak lansgung, jika ia mengundang rasa tidak selesa kepada diri kita, ia dikategorikan sebagai ancaman siber. Hari ini patik nak share beberapa tips cara bagaimana nak elakkan diri kita dari menjadi mangsa gangguan siber.

1. Elakkan untuk berkongsi segala maklumat peribadi di laman sosial

Jangan sesekali berkongsi alamat rumah, alamat pejabat, no.telefon atau sebagainya dalam profile kita tidak kira kepada kaum keluarga, rakan-rakan mahupun rakan online. Ini kerana kita tidak mengetahui sejauhmana data kita dijaga dan sekuat mana privacy yang diberi oleh laman sosial tersebut. Selain itu sentiasa berwaspada dan jangan percaya 100% terhadap apa yang di katakan melalui alam maya kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya di sebalik profile tersebut.

2. Jangan ‘approve’ rakan alam maya sesuka hati

Apabila kita menggunakan laman sosial, sudah semestinya ramai rakan-rakan baru yang mahu berkenalan kerana dengan cara ini segalanya menjadi lebih mudah. Terdapat banyak kes yang melibatkan wanita yang terlibat dalam aktiviti ‘love scam’ di mana mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memuaskan hati pasangan mereka itu. Jangan terkejut kalau patik katakan ramai mangsa terdiri daripada wanita-wanita yang bekerjaya.

Ini kerana penjenayah aktiviti ini hanya fokus kepada wanita yang mempunyai wang dan mudah untuk ditipu. Sebaiknya, selidik dulu latar belakang melalui maklumat yang dipaparkan di laman sosial mereka. Jika berasa was-was tidak perlu untuk menambah mereka sebagai rakan.  Patik ada ribuan waiting list lelaki yang nak jadi rakan di FB yang belum diluluskan sebab sedang proses screening disamping kuota rakan FB yang dah penuh 🙂

3

3. Kesedaran ketika menggunakan alam siber

Pengguna alam siber seharusnya mengetahui cara yang selamat untuk menggunakan sebarang laman yang disediakan. Sebagai contoh, laman sosial Facebook juga mempunyai hak untuk menyimpan segala maklumat peribadi anda jika anda bersetuju untuk berkongsi maklumat peribadi seperti alamat rumah dan nombor telefon di akaun peribadi anda. Ini membuatkan anda telah ‘exposed’ kepada dunia alam maya. Selain itu, kurangkan berkongsi gambar-gambar yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri contohnya gambar pejabat, rumah, kereta atau pun sebagainya kerana ia memudahkan penjenayah untuk mendapatkan maklumat tentang anda.

4. Jaga percakapan dan pergaulan di alam maya

Walaupun ada baiknya kita menggunakan alam maya untuk berkomunikasi, ia juga dapat memberi kesan buruk terhadap diri kerana komunikasi yang tidak dilakukan secara langsung dapat memberi tanggapan yang salah terhadap intonasi ataupun maksud message tersebut. Jadi lebih baik jika kita menjaga pertuturan dan ayat yang digunakan di dalam alam maya supaya ia tidak menjadi punca pergaduhan ataupun lebih teruk jika ia menjerumus kepada jenayah siber di mana anda boleh difitnah, diugut kerana segala komunikasi di alam maya boleh di simpan oleh orang ramai. Jadi, adalah lebih baik jika kita tahu batas dalam komunikasi di alam siber.

Cara patik, jika ada lelaki yang baru dikenali pm patik, maka patik akan lebih selesa membahasakan mereka encik dan tuan.  Elakkan nada yang terlalu mesra kerana ada segelintir kaum adam ini cepat perasan.  Elakkan nada gedik, stay professional ya.

Mesej Ancaman Siber ini dibawa oleh Imaan Suci Wipes (ISW) . Jom jadi wanita yang bijak dalam setiap langkah dan tindakan ya..

logo imaan

Wawa Idris

Trainer, Entrepreneur, ISW Founder

HENTIKAN JENAYAH SIBER TERHADAP WANITA

unnamed

Assalamualaikum..

Alkisah hari ini patik nak berkempen HENTIKAN JENAYAH SIBER TERHADAP WANITA. Kenapa wanita? sebab wanita ni kaum yang lemah ke? Hmm.. taklah lemah, tapi ramai antara kita senang diperdaya dan termasuk dalam perangkap si penjenayah yang memang terror pasal kelemahan wanita.

Memang perlu diwar-warkan. Macam yang kita telah lihat, dunia telah beralih dari era industrialisasi ke era informasi yang kemudian melahirkan masyarakat informasi (chewahh ayat patik) Masyarakat ketika ini tidak kira yang muda atau yang tua telah memasuki era hujung jari di segala bidang termasuklah bidang teknologi komunikasi dan informasi. Sampaikan ibu patik umur 70 an pun pandai whassap.

Menakutkan mereka ni

Menakutkan mereka ni

Era globalisasi ini bukan hanya melanda di Malaysia tetapi di seluruh negara yang ada di muka bumi ini. Teknologi komunikasi dan informasi yang dicipta adalah untuk memudahkan seseorang mendapatkan dan memberikan maklumat serta bersosial. Tapi ada juga keburukan yang menyebabkan masyarakat lebih terdedah kepada gangguan siber tanpa mengetahui siapa pelakunya.

 

Itulah sebabnya semasa pelancaran Imaan Suci Wipes pada 19hb Julai, kami telah melancakan sekali kempen ini.  Selari dengan tagline jenama IMAAN iaitu Inspiring Beauty, alhamdulillah ianya telah mendapat sambutan yang baik.

Patik dengan poster kempen

Patik dengan poster kempen

 

Gangguan siber dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai Cyber Harassment. Intipan siber mempunyai banyak persamaan dengan gangguan siber. Cyber Harassment adalah salah satu jenayah siber yang memberikan kesan negatif kepada mangsa seperti kecemasan, tertekan atau psikologis bahaya dengan cara menghina mangsa, mengancam, dan mengugut.

Pelaku gangguan siber akan menyerang mangsa dengan menggunakan e-mail, Facebook, sms dan sebagainya tanpa diketahui identitinya. Adanya media sosial di kalangan remaja membuat mereka dapat berhubungan dengan teman-teman lamanya. Namun dengan munculnya media sosial membawa kesan negatif seperti buli.

Ladies, jom baca 5 Fakta penting ni..

 

5 FAKTA WANITA MUDAH JADI MANGSA JENAYAH CYBER (2)

Bagi mengurangkan risiko berhadapan dengan jenayah siber, patik sarankan kempen kesedaran perlu dilaksanakan bagi membuka mata pengguna siber ni, tidak kira wanita mahupun lelaki dan tidak kira daripada pelbagai peringkat umur untuk lebih berhati-hati memberi segala maklumat di alam siber. Ini kerana penjenayah tidak semestinya terdiri daripada kalangan yang tidak di kenali, namun terdapat beberapa kes di mana mangsa mengenali penjenayah tersebut dan tidak sengaja memberi maklumat peribadi dengan ‘rela hati’.

Sahabat patik sendiri pernah jadi mangsa penipuan RM10,000 oleh seorang Datuk yang dia kenali di laman FaceBook.  Kebetulah pada masa tu dia sangat perlukan wang untuk bisnes.  Penjenayah memang sangat pandai ambil kesempatan.

Angel membawa poster kempen..

Angel membawa poster kempen..

Jadi dengan adanya kempen ‘Stop Cyber Crime Against Women’ ini, patik harap lebih ramai pengguna siber di luar sana lebih peka dengan penggunaan laman-laman sosial dalam perkongsian data peribadi tidak kira kepada orang yang dikenali mahupun tidak dikenali. Maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank perlu dijaga rapi bagi mengelakkan segala permasalahan berlaku.

Selain itu, pengguna laman sosial juga perlu lebih berhati-hati dalam memilih rakan yang berada di dalam akaun anda, dan seharusnya ‘tapis’ terlebih dahulu rakan-rakan yang mengikuti laman sosial anda. Ini kerana, sering kita dengar kes-kes yang berkaitan ‘super impose’ yang menggunakan wajah selfie kita dan di edit kepada tubuh badan lain dan menggunakan bahan tersebut untuk melakukan ugutan untuk mendapatkan wang atau lebih dari itu.

Tidak salah untuk mencari kenalan baru di alam siber, namun sikap berwaspada perlu dipratikkan dan kepercayaan tidak harus diberi 100% ketika melayari alam siber.

Jom ladies.. aturkan langkah langkah dengan bijak.. jangan jadi mangsa jenayah siber.

Jom share posting ni, agar ramai dapat manfaat, InsyaAllah..

 

Wawa Idris

Perunding Imej & Usahawan

Jom shopping Kosmetik Korea – The Face Shop

Wanita Korea antara yang mendapat tumpuan lantaran kecantikan kulit mereka.  Jom berkenalan  dengan kosmetik yang berasal daripada Korea iaitu The Face Shop. Patik rasa ramai yang tahu tentang produk ini antara produk kecantikan yang menggunakan ekstrak alam semula jadi dan outlet terletak di seluruh Malaysia.

 

Wow diskaun sehingga 50%

Wow diskaun sehingga 50%

Bertarikh 30 Jun pembukaan semula outlet The Face Shop di One Utama, Selangor. Dengan mengetengahkan konsep baru yang bercirikan alam semula jadi, membuatkan ramai yang tertarik untuk berkunjung ke outlet tersebut.

Premium wall meletakkan produk anti aging – The Therapy

IMG_1360

Hiasan chandelier, dekorasi mewah. 

IMG_1363

Antara produk kosmetik The Face Shop

Selain daripada alat solekan, The Face Shop juga menyediakan produk-produk lain seperti pencuci wajah, losyen, serum dan sebagainya. Jadi tak rugi lah untuk kita berkunjung ke outlet The Face Shop untuk mencari produk yang bersesuaian kerana ia nya juga berasaskan daripada bahan-bahan semula jadi.
IMG_1359

Bahagian kebersihan diri. Di sini terdapat banyak pilihan cleanser, mask dll.

Memang patik rambang mata tengok semua produk-produk The Face shop ni. Biasa lah, perempuan kalau bab-bab kecantikkan diri ni. Lagi-lagi nak raya ni, nak nampak cantik sentiasa. Cakap pasal raya, The Face Shop juga ada membuat promosi sempena pembukaan semula outlet di One Utama, Selangor ni.. jadi apa lagi, jom lah ramai ramai kita cari kosmetik untuk raya akan datang. Mesti nampak bergaya sakan dengan solekan daripada produk The Face Shop terutamanya bagi wanita yang gemar untuk mengenakan solekan ala-ala Korea.

CC Cushion Foundation kegemaran patik

CC Cushion Foundation kegemaran patik

The Face Shop memang kosmetik yang sesuai untuk anda! Promosi sehingga 50% OFF untuk pembelian item kedua + 10% dan pembeli juga bakal mendapat special gift daripada The Face Shop daripada tarikh 30 Jun hingga 3 Julai 2016. Jadi cepat-cepat berkunjung ke The Face Shop One Utama untuk menikmati pembelian yang berbaloi!

P/S: Lepas bersolek dengan produk daripada THE FACE SHOP, jangan lupa untuk mencuci muka dengan IMAAN SUCI WIPES untuk mencapai kebersihan wajah yang maksima.

VIDEO S.E.X : TEKNIK BINA NETWORKING DALAM MASA 30 SAAT

Siap juga entry patik kali ini berkenaan teknik berkomuniksi.  Saksikan video S.E.X  ini yang mana patik kongsikan teknik bina networking dalam masa 30 saat.

Jom saksikan..

Untuk keterangan lanjut, patik certikan lagi di sini…

1.Smile: Senyum

Mulakan dengan senyuman. Ini adalah perkara pertama dan isyarat tubuh yang paling berkesan jika hendak dibandingkan dengan yang lain. Ia serta merta membuatkan anda 50 kali lebih senang didekati berbanding dengan memek muka yang berkerut dan bermuka masam. Pastikan ia adalah senyuman yang ikhlas dan tidak dibuat buat seperti senyuman yang ada ukirkan semasa anda bersama dengan orang tersayang dan juga ketika anda terbayang tentang memori memori indah. Selain daripada itu, dengan senyuman anda secara tidak langsung memancarkan aura positif dan senyuman juga mengurangkan rasa gementar dan tekanan darah gemuruh anda juga akan turun serta merta. Ini akan membuatkan anda lebih senang bergaul dan berkomunikasi dengan lebih yakin.


2. Eye Contact: Pandangan mata   

Ramai diluar sana sebolehnya mengelakkan untuk bertentangan mata dengan individu individu lain. Namun harus diingati, pandangan mata adalah salah satu aspek penting dalam kita membina rangkaian dan juga penting dalam berkomunikasi. Ketika berkomunikasi, elakkan memandang tepat kepada mata individu tersebut untuk mengelakkan mereka berasa tidak selesa namun cuba untuk menggunakan isyarat mata anda untuk menunjukkan minat anda kepada apa yang sedang disampaikan oleh individu tersebut. Elakkan untuk berfikir hal hal lain seperti melihat telefon bimbit atau melihat waktu seolah olah anda tidak berminat dengan apa yang sedang dibincangkan dan ini juga boleh menunjukkan bahawa anda seorang yang terburu-buru.

3​ . ​eXcitement – Keterujaan

 
Ketika anda menghadiri sesuatu program, berikan 50% energy anda supaya anda nampak lebih berkeyakinan dan aura positif anda akan sampai kepada  individu lain. Semestinya anda akan berasa janggal dengan keadaan ini kerana anda tidak biasa melakukannya di tempat awam yang lain namun ini akan memberi tanggapan pada individu lain bahawa anda seorang yang boleh dipercayaai dan seorang yang berkeyakinan tinggi. Individu yang berkeyakinan tinggi semestinya individu yang mendapat tumpuan.

Bayangkan keseronokan dan semangat anda ketika anda bercerita tentang sesebuah topik yang anda gemari. Bawakan semangat itu bersama anda semasa anda berjumpa dengan kenalan baru dan lihat perubahan rangkaian kenalan anda.

 

Selamat mencuba ya!!

 

Filem Redha buat Ramai yang Menangis//

Betul ke filem Redha buat ramai yang menangis.  Anda patut tonton sendiri..

Baru-baru ini bertempat di TGV, KLCC patik dan sahabat meluangkan masa memenuhi undangan Kudsia Kahar untuk menonton filem Redha.  Para pelakon yang membintangi filem ini juga turut sama. Filem Redha arahan Tunku Mona Riza telah menemui penonton di pawagam bermula 14 April.

Kami yang beri sokongan filem Redha

Kami yang beri sokongan filem Redha

Rumusan dan pemerhatan patik:-

i. Selama ini patik kurang arif tentang penyakit Autisme.  Rupanya Autisme merupakan masalah gangguan otak yang membatasi kemampuan penghidap tersebut dalam aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Eh dapat free pop corn & air

Eh dapat free pop corn & air

ii. Filem inspirasi dari kisah benar itu menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme.  Mengisahkan tentang pasangan suami isteri memiliki seorang anak autistik yang bernama Danial.  Pandai betul kanak-kanka ni berlakon. Perasaan sayang Razlan terhadap anaknya itu semakin lama bertukar benci apabila mendapat tahu anaknya itu menghidap penyakit autism. Kita dapat lihat di penghabisan cerita keadaan kanak-kanak sebenar adalah seorang budak berketurunan Cina bersama bapanya. Sedih..

iii. Turut dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester. Tapi Remy Ishak tak dapat turut serta untuk program ini.

Sahabat luar biasa

Sahabat luar biasa

Terasa insaf di hati ini kerana dapat dilahirkan sempurna dan memperolehi zuriat yang sihat.  Tidak mahu sesekali memeberi label negatif kepada kanak-kanak yang nampak nakal, tidak duduk diam, tidak mendengar kata dan perlahan dalam pembelajaran.  Kerana golongan ini tidak seperti kita, mereka mungkin mengidap autsime.  Ya allah lindungi mereka.. Amin..

Tahniah kepada Kudsia & Co atas inisiatif beliau dan rakan-rakan.

TAJUK : REDHA
Tarikh Tayangan : 14 April 2016
Genre : Drama, Keluarga
Pengarah : Tunku Mona Riza
Pelakon : Nam Ron, Harith Haziq, June Lojong, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Susan Lankester
Terbitan :  Current Pictures Sdn Bhd
Kudsia & Co memberi sumbangan RM3000 kepada persatuan.

Kudsia & Co memberi sumbangan RM3000 kepada persatuan.

Terima kasih Kudsia & Co

Terima kasih Kudsia & Co

 Wawa Idris merupakan jurulatih dan usahawan yang sering mendapat jemputan untuk berkongsi kepakaran beliau dalam membina Profesional Branding. Beliau adalah Pengarah Urusan kepada Syarikat Wow Virtue Training & Consultancy Sdn Bhd.  Kepakaran beliau dalam membantu syarikat korporat serta usahawan dalam Personal Branding, teknik berpenampilan, etika profesional, komunikasi serta kidmat pelanggan.  Berminat untuk berkolabarsi bersama beliau,                                          sila hubungi 019 3830717
 

Senarai Selebriti Wanita Kategori Cantik Asli

Asslamualaikum dunia yang indah lagi mendamaikan.

Senarai Selebriti Wanita Kategori Cantik Asli.  Siapa ya?. Dah lama patik terfikir nak buat posting ini, kerana dalam fikiran patik ada terlintas beberapa wajah selebriti yang menjelma tetapi bagaimana boleh patik terangkan kepada pembaca blog patik ini ya?..

Jika patik tanya pembaca siapakah agaknya senarai artist atau selebriti wanita yang kategori Cantik Asli ini agaknya? Setiap individu mungkin ada pendapat tersendiri.  Patik bukanlah mencari selebriti yang cantik bak bidadari. Patik suka melihat beberapa selebriti yang nampak effortless dalam rupa dan penampilan, tetapi tetap memikat.  Sebelum ini patik pernah posting tentang Wajah Natural Beauty.

 

Kriteria Cantik Asli

Sememangnya cantik sangat subjektif.  Apabila bercakap pasal cantik, kita selalu kaitkan dengan kulit yang putih gebu, wajah yang flawless, tubuh yang kurus dan ramping. Golongan  selebriti sering dijadikan segmen rujukan. Kita pun terlupa kebanyakan mereka ini selalunya muncul di media dengan solekan penuh dan tebal ditambah pula dengan kesan pencahayaan serta edit photoshop bla bla yang membuatkan mereka ini nampak cantik terlampau di TV mahu pun majalah.  Jadi entry kali ini patik senaraikan barisan selebriti wanita kategori cantik dan menawan asli, bukan palsu atau ciptaan semata-mata.  Di sini patik terangkan kriteria cantik asli tersebut:-

Pertama : Tiada perbezaan ketara antara wajah mereka sebelum dan selepas makeup.

Kedua: Tiada perbezaan ketara wajah mereka masa dahulu kala dan sekarang.

Ketiga: Tidak mendapat khidmat suntikan atau pembedahan kosmetik pada wajah yang merubah bentuk asli wajah.

 

Ha, bagaimana? Okay tak kriteria pemilihan patik ini.  Berikut adalah senarai tersebut yang terdiri daripada selebriti lama dan baru kategori cantik yang memang asli.

Pertama: Lisa Surihani. Jika ada sesiapa yang bertanya patik “Wawa ada kena mengena dengan Lisa Suruhani ke?” Jawab patik, “Hhmm Lisa Surirumah ada la agaknya” 🙂

 

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Kedua: Maya Karin.  Admire rambut Maya yang panjang dan sihat.  Lakonan Ombak Rindu sangat terkesan di hati patik. Walau kulitnya tidaklah sehebat Qu Puteh, tetapi Maya Nampak exotic.

Maya Karin

Maya Karin

Ketiga: Anzalna.  Patik tidakla minat sangat, pernah beberapa kali terserempak dengan beliau di majlis. Patik akui beliau ini antara selebriti wanita kategori cantik asli.

Anzalna Nasir

Anzalna Nasir

Keempat : Emma Maembong. Putih pucat orangnya dan berbakat.  Suka tengok bila Ema berlakon sedih, kemerahan hidung dia.

 

Emma Maembong

Emma Maembong

Kelima: Fazura.  Patik mengagumi kecantikan dan stail beliau.  Cuma banyak kontroversi, kadangkala itu juga yang menaikkan populariti beliau.  Cuba baca apa kata abang Nara tentang Fazura ini.

 

Fazura

Fazura

Ramai lagi selebriti lain seperti Hanis Zalikha, Heliza Helmi etc.   Inilah antara Senarai Selebriti Wanita Kategori Cantik Asli. Susunan patik ini tidaklah mengikut ranking terbaik.  Biarlah pembaca yang menentukan siapakah yang tercantik di antara mereka.  Atau pembaca mungkin ada senarai mereka tersendiri.  Kongsikan senarai anda di ruangan komen ya, patik naklah juga tahu senarai kalian.

Bagaimana pula dengan Kila Fairy?  Patik suka tengok beliau yang persis heroin Bollywood namun ramai meragui keaslian wajah beliau.  HHmmm wallahualam..

 

Till the next posting.

Si Perunding Imej; Wawa Idris

Instagram : wawaidris_imejpatik

 

Teknik Survive – Dengan Bahasa Tubuh (Bahagian 1)

“Puan Wawa, bagaimana nak buat kita nampak yakin, walaupun sebenarnya kita ni tidaklah yakin mana pun” – topik bahasa tubuh.

Tahukah anda ini adalah kepakaran yang harus dipelajari oleh semua orang jika nak survive dalam kehidupan. Kita tiada pilihan melainkan harus berurusan dengan orang dan ianya salah satu kunci kejayaan.

Antara faedah mengetahui teknik bahasa tubuh :-

  • membantu membina hubungan  yang positif dengan rakan sekerja, pelanggan, jiran dsb.
  • menarik minat dan memberi motivasi kepada orang ramai.
  • meningkatkan aura.
  • memperbaiki hubungan silaturrahim antara rakan-rakan
  • menyampaikan perbentangan yang memberi impak yang tinggi.

Maka di sini patik kongsikankan 5 teknik untuk survive menggunakan bahasa tubuh demi menambah keyakinan, kredibiliti dan karisma dalam diri:

1. Suntikan Semangat

Suntikan semangat patik – T Shirt Supermomn serta aksi “ada berani?”

Pertamanya kita harus perasan yang kita ini konfiden. Cuba fikirkan perkara atau kejayaan lalu yang boleh memberikan kebanggaan seterusnya tambah keyakinan dalam diri. Kemudian, cuba ingat kembali perasaan ketika itu. Ingat dan bayangkan bagaimana anda mempamerkan diri dan gaya ketika anda bercakap. Kaedah ini dapat memberi suntikan semangat ketika mahu masuk memulakan mesyuarat atau ketika hendak memberi ucapan.

2. Gaya Berdiri dan Pamerkan  Aura

Yang manakah gaya berdiri yang berpengaruh?

Yang manakah gaya berdiri yang berpengaruh?

Kita tidak perlu memberitahu orang tentang status kita kerana kuasa, status dan keyakinan secara tidak langsung dapat dilihat melalui bahasa tubuh dengan cara kita berdiri dan menggunakan ruang di sekitar kita. Saya sangat suka meihat individu yang berjalan dengan aura. Postur badan dengan kedudukan bahu yang betul, tidak menundukkan kepala ketika berhadapan dengan orang ramai.

Apabila anda duduk, letakkan kedua belah kaki anda di permukaan lantai, melebarkan gerak tangan dan meletakkan barang peribadi seperti handphone atau buku nota di tempat yang lebih jauh untuk menandakan kawasan (territory) anda.

Apabila kita berdiri, cuba tampilkan kita lebih berkuasa dan yakin. Jika anda berdiri dengan merapatkan kedua belah kaki, ia menunjukkan yang anda tidak pasti dan teragak agak dengan apa yang hendak disampaikan. Berbeza dengan apabila anda menjarakkan kedudukan kaki ianya menampakkan anda lebih rileks, segak dan yakin.

3. Menggunakan nada suara yang rendah

Cuba bayangkan setiap kali hero James Bond memperkenalkan diri. “Hi, I’m Bond” dengah suara yang rendah. Macho bukan. Macam kurang kena jika James Bond bersuara dengan nada yang tinggi kan. Intonasi suara juga mempengaruhi bahasa tubuh.

Ketika di pejabat, kualiti suara anda adalah antara salah satu faktor yang penting untuk menyampaikan apa yang anda maksudkan. Mereka yang suka menggunakan nada suara yang tinggi (high pitch) menampakkan kurang tegas, kurang berkuasa dan gugup berbanding mereka yang menggunakan nada suara yang rendah.

Salah satu teknik yang mudah adalah dengan merapatkan bibir dan mula humming “Um hum, um hum, um hum.” Dengan mempratikkan teknik ini, anda akan menjadi lebih rileks, tenang dan suara akan berada pada tahap optimal.

 4. Gaya dan Kuasa

 

haha

Cuba lihat postur badan icon “kipidap” ini yang sedang cuba meningkatkan tahap testosterone beliau 🙂

Kajian mengenai efek postur badan kepada keyakinan diri oleh Universiti Harvard dan Columbia Business School menunjukkan sesetengah gaya tubuh dapat meningkatkan testosterone (hormone yang dominan dan memberi kuasa) serta menurunkan hormon tekanan. Antaranya adalah seperti bersandar dan meletakkan kedua belah tangan dibelakang kepala selama dua minit. Anda boleh cuba kaedah ini sebelum mesyuarat yang penting dan patik yakin anda akan kelihatan lebih yakin.

Namun anda perlu melihat situasi, jika anda bertemu dengan pihak yang berkuasa dan anda perlu mendapatkan ehsan daripada mana-mana individu, gaya bahasa tubuh yang terlalu dominan dan yakin adalah tidak digalakkan.  Nampak bagus sangat, mudah membuat orang meluat dengan kita.

 

5. Berikan pandangan mata yang sewajarnya

eye contact

Anda mungkin pemalu, atau mungkin pengaruh budaya menyebabkan ramai kita yang tidak berani memberi ‘eye contact’. Kekalkan hubungan mata 50-60% dalam setiap perbualan. Cuba fokus di bahagian segitiga antara kedua belah mata dan dahi.

Itulah dia lima teknik untuk mempamerkan bahasa tubuh yang yakin dan berkarisma.  Patik akan sambung di entry akan datang.  Segala pertanyaan, boleh tinggalkan di ruangan komen.

Till the next posting.

Wawa Idris; Si Perunding Imej