Dilema wanita tong drum, suami suruh seksi..

Assalam dari patik..

Haaa, menarik topik patik kali ini kan. Baru-baru ini patik mendapat undangan oleh satu majalah di bawah Kumpulan Media Karangkraft iaitu Majalah Rapi ke satu program bersama para guru di Bandar diRaja, Klang Selangor. Terima kasih kepada Editor nya yang sentiasa comel Cik Puan Zuraita Mohd Anua yang sudi menjemput patik berkolaborasi.

IMG20150917164208

Editor Majalah Rapi; Zuraita Mohd Anua

Pada hari itu patik mengenakan blause dan celana ringkas berwarna navy blue koleksi LANA.KL. Koleksi busana yang anggun, jika tak percaya boleh lihat di http://www.lanakl.com/

Keseluruhan tenaga Majalah Rapi

Keseluruhan tenaga Majalah Rapi

Perkongsian selama satu jam tersebut gamat dengan celoteh patik dan sambutan dari peserta yang kesemuanya wanita sporting and high energy.  Terdapat banyak juga soalan yang dilontarkan kepada patik, rata-rata nak tahu bagaimana teknik pemakaian untuk nampak lebih slim.

Yang menariknya, adalah seorang cik puan berumur sekitar 40-an ini angkat tangan dan berdiri. Maka mulalah beliau bercerita dengan penuh semangat.

“Puan Wawa, saya ada satu persoalan yang nak ditanya. Suami saya seorang yang berpenampilan, maklumlah kerja dengan PETRONAS.  Dia selalu kata badan saya ni dah macam tong drum. Suami suruh saya pakai baju tidur yang seksi kat rumah. Dia dah belikan baju yang bertali halus, tetapi masaalahnya puan, saya malu nak pakai atas faktor umur dan anak-anak pun dah besar.   Jadi apa pendapat puan Wawa?”

Aduhai, puan ni dah membuatkan dewan gamat ketika itu. Saya menahan gelak di atas pentas. Ha, jadi apa pendapat para pembaca semua?. Maka sambil melontarkan senyuman yang manis patik pun berbicara:-

“Puan seorang yang bertuah kerana mempunyai suami yang sayangkan puan, yang berani menegur puan untuk kebaikan perhubungan.  Kerana terdapat para suami yang hanya buat-buat tak kisah tetapi dalam diam mengintai wanita lain diluar.  Saya cadangkan puan terima teguran suami puan dengan hati terbuka dan minda yang positif.  Cuma satu tips dari saya, jangan pakai baju tidur seksi tu setiap malam, mungkin pakai hanya 2 kali seminggu untuk mengekalkan parasan keterujaan suami puan.  Maklumlah lelaki ni kadang-kadang boleh bosan juga, jadi pelbagaikanlah koleksi baju dan aksi” 🙂

Gamatlah dewan dengan tepukan dan gelak tawa dari hadirin.  Dari pemerhatian patik, puan tersebut tak adalah sebesar mana pun, mungkin beliau mendapat suami yang suka cakap lepas dan bergurau.  Nasib baik dia sporting, jika patiklah yang kena, tersentap lah juga seketika, mahu merajuk sebulan 🙂

IMG20150917163837

Selesai perkongsian, peserta meneruskan acara zumba, dan patik terus pulang.  Itulah cerita ringkas dari patik yang mungkin bermanfaat kepada para pembaca budiman. (Featured image is from google)

Jumpa lagi, till the next posting.

#WawaIdris

#PerundingImejProfesional

Bila anak cuti jerebu..

As Salaam dari Patik,

Seawal pukul 5 pagi patik diberitakan sekolah di negeri Selangor, WP, Negeri Sembilan dan Melaka diarahkan tutup.  Wah, seronok la puteri patik IHM, tak payah bangun pagi.  Relax la sedikit patik pagi ni tak payah nak kejutkan IHM, sebab selalunya patik la yang kena dukung IHM ke bilik air, mandikan, pakaikan IHM baju, kadang-kadang dukung bawak ke bawah, then sikatkan rambut, pakaikan tudung, tolong pakaikan kasut, dan pastikan dia baca bismilah dan melangkah keluar rumah dengan kaki kanan.  Itulah rutin patik setiap pagi hari bersekolah.

Puteri patik berumur 8 tahun.  Bab bangun pagi memang patik mengalami sedikit kepayahan.  Patik ada pembantu, tapi IHM tak bagi bibik pegang dia pagi-pagi. All must be mommy.  Inilah sindrom anak sorang.  Tapi patik dah ingatkan dia, masuk darjah tiga, semua kena buat sendiri.

Happy nya IHM tak pergi sekolah

Happy nya IHM tak pergi sekolah

Hari ini patik pun kurang sihat.  On Medical Leave.   Patik duduk di rumah sahaja.  Maka patik pastikan IHM buat latihan buku-buku ulangkaji di rumah.  Patik ni memang manjakan IHM, tetapi bab study, patik memang tak bagi chance.  Patik garang bab ni.  Patik kata “Cikgu bagi cuti bukan suruh main, tapi suruh students belajar di rumah”  IHM terpaksa akur dalam jerebu..

Ya, kita di Kuala Lumpur ini dilanda jerebu buat kesekian kalinya. Kalau tidak silap patik, fenomena jerebu ini telah bermula sejak lebih dua dekad lalu. Maksudnya sejak patik berumur belasan tahun lagi. Kalau dulu jerebu di katakan fenomena, tetapi kalau dah selalu berlaku, mahu dipanggil apa ya? Jerebu di Malaysia ini dikatakan berpunca dari pembakaran hutan secara terbuka di kepulauan Indonesia sekitar Malaysia. Di Sumatera dan Kalimantan.

Okay juga kenduri kahwin bertemakan masquerade.  Mempelai tetap anggun. (sumber google)

Okay juga kenduri kahwin bertemakan masquerade. Mempelai tetap anggun. (sumber google)

Cuma yang menjadi kehairanan patik ialah, selalunya jerebu ini akan berlaku pada bulan Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos. Kerana di masa-masa inilah pengusaha-pengusaha estet-estet di sana membersih dan menanam semula kebun-kebun sawit dan ladang-ladang mereka. Tetapi kali ini jerebu berlaku pada bulan September.

Kenapa bapak-bapak di sana kelewatan membersih kebun ya? Ohhh, sebab menunggu kempen keBERSIHan di Malaysia gitu ya. Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sini masih berada di tahap 50-100 dan paling tinggi pun 200. Tidaklah seperti yang pernah berlaku di Beijing yang IPUnya pernah mencatat tahap lebih 500, beberapa tahun lepas. Sehinggakan darurat diisytihar di sana.

Jadi, apakah yang perlu kita lakukan di waktu-waktu jerebu ini?

Pertama sekali, kurang-kurangkanlah aktiviti luar rumah. Lebih-lebihkanlah masa duduk di dalam rumah bersama-sama keluarga. Tetapi kalau terpaksa juga keluar rumah, pakailah topeng jerebu. Kalau nak nampak ranggi dan trending, carilah topeng-topeng muka seperti dalam gambar-gambar di bawah ini.

Comel sungguh keluarga ini

Comel sungguh keluarga ini (sumber google)

Style gitu. Yalah patik ni kan imej konsultan, walau dalam keadaan berjerebu dan darurat sekalipun, ‘we must be in-style’. Begitu juga bila kita berada di luar rumah, pastikan kita memakai pakaian yang boleh menutupi keseluruhan anggota badan. Supaya habuk-habuk, asap dan zarah-zarah merbahaya tidak melekat di kulit kita dan menyebabkan kegatalan kulit pula.

Pakailah baju atau blouse lengan panjang, pants atau long skirt dan tudung kepala seperti scarf atau turban. Di masa-masa jerebu ini, tak perlulah sexy memakai skirt atau short sleeve blouse atau singlet sado bagi lelaki kerana jarak penglihatan kita pun selalunya terhad dek jerebu,. Orang tak nampak pun kita.  Kalau nak kasi nampak, boleh la pakai baju sequined yang gemerlapan yang boleh dijadikan sebagai lampu kecemasan (itu bukan nasihat pakar 🙂 )

Tidak disaran sama sekali

Tidak disaran sama sekali

Sentiasalah basuh bahagian badan yang terdedah seperti muka dan tangan. Mandi selalu. Minum air banyak-banyak kerana ianya dapat membersihkan habuk, asap dan zarah yang terlekat di kerongkong kita. Jaga kebersihan dan jaga kesihatan ya.

Semoga semua jaga diri dan kekal sihat.  Till my next posting…Salaam dari Imejpatik.

BERSIH – Apabila sikecil bertanya kenapa ramai pakai kuning?

Salaam semua dari patik,

Beberapa hari ini kita sibuk melihat kempen KeBERSIHan yang dilakukan dibeberapa buah bandar besar termasuk Kuala Lumpur. Patik tidaklah mengambil bahagian tapi patik dengar ramai yang hadir.

Bagi patik, patik lebih suka menghabiskan masa patik yang berharga ini dengan memulakan kempen keBERSIHan di teratak patik sendiri. Habis patik spring-cleankan. Puas hati dan sedap mata patik memandang. Dan banyak juga ‘harta-harta’ patik yang hilang patik jumpai semula di bawah-bawah katil, celah-celah gerobok dan di dalam lipatan-lipatan kain.

Patik juga sempat melapangkan masa untuk ‘bonding’ bersama-sama puteri tunggal kesayangan patik membeli belah, makan ice-cream dan wefie di NU Sentral semalam serta menghadiri majlis harijadi anak kenalan patik. Rasa seronok yang tak terhingga dan terasa seperti masa terlalu cepat berlalu. Thanks IHM for making our day.

Melihat ramai kelibat orang kuning di NU Sentral semalam, ianya telah menarik perhatiaan puteri patik “Mommy, why there are so many people in yellow?” Jawapan spontan patik “Owhh they are having sports day” Tak perlulah patik nak mengotorkan minda sikecil ini.

 

Outing bersama IHM

Outing bersama IHM

Melihat kepada kehadiran besar di kempen keBERSIHan itu, tentu ramai yang mengaku ianya berjaya. Pada hemat patik, KPI bagi mengukur kejayaan sesuatu kempen itu ialah – telah berlakukah tindakan dan perubahan menurut apa yang dimahukan oleh kempen itu. Sekiranya kita hanya berterusan melakukan kempen demi kempen sehingga orangramai dan peniaga terjejas namun KPInya masih sifar, maka eloklah kita melihat cara pendekatan lain pula.

Patik sukalah costume Superhero ni.

Patik sukalah costume Superhero ni.

Begitu juga sekiranya kita ni asik berkempen mahukan orang lain mengamalkan keBERSIHan, adakah kita telah melihat kepada diri kita samada kita ini sendiri sudah mengamalkan keBERSIHan. Jika tidak patik takut nanti kita sekadar berkokok riuh sekampung tapi ekor bergelumang najis.

Patik sendiri amat menitik beratkan soal keBERSIHan di dalam menjaga imej diri. Maklumlah imej konsultan. Salah satu aspek penting di dalam menjaga imej atau keterampilan diri ialah “self-grooming”.

Self grooming meliputi penjagaan kulit muka, penjagaan dan pendadanan rambut dan body hygiene. Kita tidak akan dapat mencapai keterampilan diri yang sempurna sekiranya kita mengabaikan 3 aspek self grooming itu.

Apa gunanya berpakaian bagaikan diva tetapi kulit kita kusam, rambut serabai ala-ala Kak Limah dan badan berbau bak aBangla pulang petang.

Patik memang suka cerita Hantu Kak Limah.

Patik memang suka cerita Hantu Kak Limah.

Inilah yang dikatakan keBERSIHAn. ianya bermaksud, bersih dari segi tiadanya kekotoran, tiadanya bauan yang kurang senang dan bersih dari segi rasa.

Umpamanya sekiranya kita memakai 2-piece suit ke pejabat, dan kita pula bekerja di dalam pejabat berhawa dingin, suit itu hanya perlu di dry clean apabila terdapat kotoran ketara padanya atau setelah dipakai beberapa kali. Jangan lupa, sekiranya suit top di dry clean, pants atau skirtnya juga wajib di dry clean. Jangan pula top di dry clean, pants di machine wash. Alamatlah nanti setelah beberapa kali, topnya masih kekal warna dan fabrik, pantasnya sudah pudar warna dan fabrik.

Begitu juga didalam penjagaan kebersihan kaki dan kasut kita. Seeloknya kita mempunyai lebih dari dua pasang kasut untuk dipakai kepejabat. Dan kasut-kasut ini digilir-gilirkan pemakaiannya supaya mereka dapat berehat dan diudarakan supaya tidak mengeluarkan bau yang kurang senang pada kaki kita. Kasut pula akan sentiasa kelihatan fresh.

Berkenaan penjagaan kulit pula, aspek yang penting yang perlu dititikberatkan oleh kaum hawa dan adam ialah berkenaan bulu-bulu muka atau tubuh pada muka dan badan kita. Patik suka nak berkongsi satu cerita dari seorang sahabat lelaki patik yang pernah pergi ke China untuk urusan perniagaan.

Adalah menjadi amalan mereka di China untuk meraikan rakan-rakan perniagaan dengan membelanja mereka makan, minum dan berkaraoke. Dipendekan cerita, setelah dibelanja makan malam 8-course, maka rakan patik ini pun di bawa kesebuah pusat karaoke terbesar di bandaraya di China tersebut. Rakaniaga dari China telah memilihkan seorang Pegawai Khidmat Pelanggan (bahasa mudahnya GRO) yang paling cantik untuk beliau. Malam itu GRO itu telah memakai short sleeve blouse dan skirt bewarna merah yang memang cantik.

Malangnya tidak sempat pun duduk 10 minit bersama GRO hot China ini, sahabat patik ini telah lari meninggalkan tempat itu. Apabila ditanya kenapa beliau pergi sedangkan beliau diberikan GRO yang paling anggun dan top, beliau berkata apabila si GRO itu mengangkat tangannya untuk memeluk beliau, beliau telah terlihat bulu ketiak si GRO yang lebih semak dan panjang dari lalang dibelakang rumah beliau! Haru sungguh.

Bersih itu sexy

Bersih itu sexy

Nasihat patik, jangan abaikan bulu tubuh kita, walau ia tumbuh di bawah lengan sekalipun.  Owhh ya, sekadar perkongsian, patik sendiri telah menjalani laser hair removal di saloon sahabat patik Yaya Mohamad iaitu MBH SPA.

Bersama Yaya Mohamad pemilik MBH Spa

Bersama Yaya Mohamad pemilik MBH Spa

unnamed

Akhir kalam, memang mengamalkan kebersihan diri, rumah dan persekitaran kita itu penting. Jangan kita persia-siakan. Melihat kepada puteri patik yang masih dibangku sekolah rendah, yang perjalanan hidupnya masih jauh, patik memang mengharapkan yang negara kita ini akan sentiasa bersih, aman dan sentosa seperti yang pernah patik nikmati sewaktu kecil sehingga kini.  Supaya kelak nanti beliau akan menjalani hidup yang aman, damai dan sentosa.

Aman dan sejahteralah negara patik bernama Malaysia ini. Dan sempena tanggal tigapuluh satu bulan lapan ini, patik laungkan MERDEKA.

Salaam dari imejpatik.

Panas atau sejuk kah warna daku?

Salam imejpatik..

Alhamdulillah video warna kali ini telah pun sedia untuk di tonton.  Pada hemat patik, video kali ini nampak lebih okay berbanding video pertama.

Perkongsian kali ini, patik ceritakan dua kategori warna iaitu warna panas dan sejuk serta bagaimana cara untuk menentukan kategori warna yang sesuai untuk individu?

Roda Warna

Roda Warna

Terdapat beberapa cara mudah antaranya :

Cara pertama :- Memeriksa warna urat di pergelangan tangan (nadi). Sekiaranya warna urat anda adalah kebiruan maka tona kulit ada adalah dalam kategori warna sejuk (cool colour). Manakala sekiranya warna urat tersebut adalah kehijauan maka anda adalah dalam kategori warna panas (warm colour)

Cara kedua :- Warna aksesori barang kemas. Sekiranya kulit anda lebih berseri dengan memakai rantai / gelang emas, maka itu petanda anda adalah dari kumpulan warna panas iaitu kesesuaian kepada koleksi warna merah, kuning, oren.

Manakala jika anda tampak lebih berseri dengan warna silver/emas putih/platinum maka anda adalah warna sejuk (cool Colour). Maka anda lebih sesuai mengenakan warna-warna seperti biru, pink, purple.

Lihatlah video yang dihasilkan oleh  Redhu Malek ; videographer yang sangat komited ini:-

 

 

Bonus, patik kongsikan serba sedikit cara penggunaan warna dalam penampilan:-

i.Cuba untuk memakai tidak lebih dari tiga warna dalam setiap penampilan.  Tetapi patik lebih suka kepada 2 warna sahaja. Lebih anggun dan mata orang yang memnadang pun tidak confuse.

ii.Disebabkan hitam dan putih lebih kepada bayang (shades) anda boleh lebih flexible. Contoh memakai 4 warna sekiranya terdapat warna putih dalam pakaian.

iii.Sekiranya terdapat corak, boleh suai padan warna yang terdapat dalam corak untuk nampak lebih harmoni.

iv.Sekiranya memakai baju bercorak (busy prints) padankan dengan skirt/seluar polos/tudung.

v.Warna aksesori seperti tas tangan, rantai dan sebagainya boleh dijadikan panduan untuk menghadkan warna agar tidak keterlaluan.

vi.Ingat, red lips count!!

WawaProfile6

Till next posting.

Jelita dan Selamba diusia 40-an

Semenjak dua menjak ini patik amat gemar memikirkan tentang nombor.  Nombor 4 ialah nombor kegemaran patik kerana patik lahir pada 4 haribulan. Nombor 7 pula ialah nombor kegemaran seorang sahabat baik patik. Beliau ini mempunyai 4 orang anak dan kesemua anak- anak beliau secara kebetulan pula dilahirkan pada 7 haribulan tetapi pada bulan-bulan dan tahun-tahun yang berbeza. Dan sukanya beliau ini kepada nombor 7 ini hinggakan beliau hanya membeli rumah yang beralamat nombor 7.

Gabungkan nombor 4 dan 7 ini, ia akan menjadi angka 47. Dan secara kebetulan ada significant nombor 47 akhir-akhir ini dalam hidup patik.

Nombor 47 yang pertama ialah kadar harga minyak mentah dunia beberapa hari lepas. Iaitu USD47 satu tong. Adalah diramalkan oleh pakar ekonomi bahawa harga minyak dunia akan turun lebih rendah lagi dari ini. Baguslah kalau terus menurun begitu. Kalau harga minyak mentah dunia dah turun, tentu-tentulah harga di stesyen minyak kita akan turun jugak. dapatlah kita “berjimat dahulu dan beringgit kemudian”.

Nombor 47 yang kedua pula ialah umur penyanyi yang patik kagumi (masih teringat lagu Madah Berhelah). Happy belated birthday ke 47 to my Kak Ziana Zain. 2hb May tarikhnya, patik pula 4hb May, tapi beberapa tahun kemudian la. Yeah, kami berbintang Taurus. Orang Taurus ni kuat semangat dan keras kepala tau. Apa yang kita mahu mesti kita akan lakukan. Walau banyak onak dan duri. Betul tak Kak Ziana?

Wefie in Couverture turban

Wefie in Couverture turban

Baru-baru ni viral di laman sosial tentang video Kak Ziana kita ni  ‘tercampak’ microfon yang beliau pegang sewaktu membuat satu persembahan di Kuala Lumpur Fashion Week. Ialah, dah bertahun pegang mikrofon dari zaman bujang hingga ke anak 5 pun, malang tetap tidak berbau. Tapi yang menarik perhatian patik ialah, betapa profesionalnya beliau menghadapi situasi itu. Syabas!

Baru-baru ini patik dapat turut serta dalam sesi fotografi cover page Majalah Nona yang menampilkan tiga Diva iaitu Ziana Zain, Vaneeda Imran dan juga Nora Danish.  Dengan sikap profesional tiga diva ini, ianya berjalan dengan lancar dan pantas.  Patik hadir di belakang tabir sebagai penaja koleksi turban yang dipakai oleh tiga diva ini di bawah jenama Couverture Kuala Lumpur.

Behind the scene

Behind the scene

Turban Ziana Zain oleh Couverture KL

Turban Ziana Zain oleh Couverture KL

Bercerita semula tentang Ziana Zain, patik memerhati perlakuan diva ini.  Beliau sangat sporting, tidak demanding dan agak gila-gila juga.  Dia memang sukakan muzik dan selalu menggerakkan badannya mengikut melodi lagu yang di pasang bagi menaikkan mood shooting.

Cantik-cantik persalinan  mereka.  Untung ajdi selebriti.

Cantik-cantik persalinan mereka. Untung  jadi selebriti.

Ada juga kami berbual tentang kisah microfon terbang.  Sangat spontan beliau memberi reaksi.  Pernah tak anda mengalami situasi sedemikian rupa? Macam mana nak cover malu ye?  Patik juga pernah mengalami beberapa insiden, antara insiden yang patik masih ingat semasa patik di tingkatan dua.  Patik naik bas ke sekolah (public transport) waktu itu bas SriJaya.

Ada satu ketika, dalam keadaan patik berdiri, bas break secara tiba-tiba di satu perhentian bas. Maka patik yang masa itu sangat ringan dan kurus ibarat plywood telah melayang dari tengah-tengah badan bas ke tempat duduk pemandu.  Alahai malunya, terus bangun dan cepat-cepatla patik turun bas dan jalan kaki sahaja ke sekolah.

Tutuplah cerita malu tu.  Begitulah kisah nombor pada ruangan kali ini. Ada nombor yang bagus dan ada nombor yang merungsingkan. Apapun, nombor hanyalah ‘indication’ di dalam kehidupan kita. Gunakanlah ia sebagai panduan halatuju hidup kita.  Patik mengagumi kecantikan Ziana Zain.  Patik harap apabila umur patik mencecah 4oan nanti, patik juga masih anggun dan sihat seperti beliau.  InsyaAllah boleh.

Yeay selesai.  Lunch provided by Fraser Residence

Yeay selesai. Lunch provided by Fraser Residence

Ibu comel Nora Danish

Ibu comel Nora Danish

Till my next posting, Salaam dari Imejpatik.  Owh jangan lupa dapatkan Majalah Nona keluaran akan datang.

Jelitanya Vaneeda Imran di umur 40-an

Jelitanya Vaneeda Imran di usia 40-an

Pakai towel pun menarik..

As salaam dari patik,

Minggu lepas merupakan minggu yang amat sibuk buat patik, maklumlah minggu terakhir Syawal. Maka banyaklah last minute open house yang perlu dihadiri.

Nampaknya kesibukan patik akan berterusan minggu ini dan minggu akan datang. Maklumlah, selepas sebulan berpuasa, sebulan juga berhari raya, masa dah tiba untuk patik bekerja dan mencari seberapa banyak suap nasi pula.

Dalam kesibukkan patik yang tiada berpenghujung ini, sempat juga patik melayari laman laman web dan online news untuk mengisi ruang otak yang masih banyak vacancy ini untuk dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang bermanafaat.

Ada beberapa berita dan article yang amat menarik perhatian patik. Tapi, sorry kerana menghampakan, hanya satu berita dan satu article saja yang akan patik sentuh di sini kerana satu berita lagi terlalu x-rated untuk patik masukkan di dalam blog ini. Maklumlah, Imejpatik ni rated U. Bukan 18SX ya.

Berita yang satu tu bertajuk “Pasangan Berpisah Kerana Isteri Gila Berfutsal”.  (Harian Metro). Boleh gitu? Apa sudah jadi dengan dunia kita ni? Kalau zaman bonda dan ayahanda patik dulu, ini semua tak pernah pun kedengaran. Ialah, zaman tu futsal pun takda. Sekarang ni bukan sebab futsal saja, sebab salah letak ubat gigi di bilik mandi pun boleh menyebabkan perceraian.

Menurut ceritanya, si suami ni tidak tahan dengan sikap isterinya yang sering meninggalkan beliau di rumah oleh kerana si isteri suka sangat keluar bermain futsal dengan kawan- kawan lain. Ialah, si isteri pun kalau nak main futsal kenalah pergi ke gelanggang futsal. Takkan nak main futsal di rumah? Mana muat nak letak gelanggang futsal di rumah.

Beralih kepada Article yang satu yang patik baca pula bertajuk “7 perkara aneh dilakukan wanita yang amat menarik perhatian lelaki”. Maksudnya, kalau kaum wanita ingin menarik perhatian lelaki, lakukanlah 7 perkara aneh ini. (Sebenarnya bukan aneh sangat pun, yang anehnya ialah kaum lelaki boleh tertarik dan merasakan wanita itu sexy kalau melakukan perkara-perkara simple ini).

Apa dia 7 perkara yang dilakukan wanita yang nampak sexy dan menarik di mata lelaki tu…
1) Pakai cermin mata. So tak perlu lagi kita ni tercari-cari tinted contact lense buatan Korea tu ya.

Sexy (sumber: google)

Sexy (sumber: google)

2) Loghat. Bukan loghat as in perangai ya. Loghat as in dialect kita masa bercakap. e.g. loghat Kelate, loghat Nogori, loghat Ganu etc. Itulah sebabnya lelaki-lelaki di KL ni suka pada Mek Kelate agaknya.

3) Lilitan towel di kepala selepas mandi atau membasuh rambut. Ala-ala memakai turban gitu. Now you know why I went into the turban business 🙂

Ooopps tersilap foto (sumber : google)

Ooopps tersilap foto (sumber : google)

4) Sewaktu wanita sedang mengenakan make-up. Nampaknya, kaum lelaki nampak kita lebih sexy sewaktu sedang bermake-up dan bukannya apabila kita telah mengenakan make-up.

5) Sewaktu wanita sedang bersenam dan exercise. So, untuk si suami yang tidak suka isterinya berfutsal di atas tadi, anda silap. Anda sepatutnya mendapati isteri anda lebih sexy dan menarik sebab dia suka ber-exercise.  Anyway, patik sanggup berlapar rather than exercise in order to get my ideal weight 🙂

Cantiknya dia bersenam. (sumber: google)

Cantiknya dia bersenam. (sumber: google)

6) Wanita memakai celorong celoreng pada pakaian, seluar, beg tangan dan sebagainya. Rupanya lelaki suka wanita yang yang dekat pada nature dan seperti hutan bergerak. Kenapa pula tu?

 

Eh. kembar patik  :-) (sumber google)

Eh. kembar patik 🙂 (sumber google)

7) Wanita yang memakai baju pasangan lelakinya. Yang ni patik suka.  Info lanjut boleh dibaca di wnmlife.com.

Inilah saja yang dapat patik kongsikan di dalam kesibukkan patik sekarang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa kaitan berita pertama dengan article diatas ini. Pada pendapat patik, pasangan tersebut masih boleh diselamatkan. If you can’t beat her, join her. Mulalah bermain futsal dengan siisteri, perhatikan beliau sewaktu beliau sedang bermain futsal tu, atau sewaktu beliau melilitkan towelnya di rambut basah beliau, boleh juga belikan beliau sepasang t-shirt atau seluar loreng. Atau paling tidak, berikanlah si isteri mengenakan kemeja tuan…mana tau, ‘sparks will fly’ dan you will find each other attractive again.

Till my next posting, salaam dari Imejpatik.

Sayang isteri beli-belikan..

As Salaam dari Patik,

 

Viral di social media

Viral di sosial media

Pagi-pagi lagi patik dah tersenyum-senyum bila menerima screen shot melalui whassap.  Ada pula mesej dari si pengirim “Test Test. Tengok sape yang sentap”

Mungkin yang dimaksudkan sipengirim ialah samada si suami atau si isteri kah yang patut terasa dengan komen begini.  Hmm, siapa yang dah sentap ya?

Pada para suami di luar sana, mungkin betul juga kata si penulis, “bini kamu jadi begitu sbb kamu yg kedekut”. Bila nak cari tv plasma, sanggup beli yang besar. Bila nak cari motor baru, sanggup beli motor besar. Bila nak cari kereta baru, suka beli kereta besar. Tapi bila isteri dah besar, lain pulak ceritanya 🙂

Ya persoalannya seberapa ramai lelaki atau suami sanggup melabur (tak nak guna perkataan berbelanja) untuk adjust pasangan kita yang dah ‘gemuk’, ‘comot’ dan ‘tak cantik’.  Semasa dulunya cantik, sebab masih anak dara, belum beranak, kini perlu jaga anak dan pelbagai tugasan harian di rumah yang patut dilakukan tambahan tekanan di tempat kerja dan pelbagai faktor ketidaktentuan hormon yang menyumbang kepada kenaikan selera makan dan penurunan kadar metabolisma (dah macam doktor pula patik 🙂  )
Nak tahu tak, menurut satu kajian di Amerika, untuk menjadi Miss World atau Miss Universe memerlukan investment sebanyak lebih USD100k oleh seseorang peserta dari sejak berumur belasan tahun sebelum beliau bersedia untuk menyertai pertandingan ratu cantik tu tau.

Patik tidaklah menyuruh kita invest sampai berpuluh ribu ringgit untuk kelihatan cantik, bergaya dan menawan. Dan tak perlulah sampai mencari Miss Universe untuk menjadi suri rumahtangga kita. Tetapi, kalau nak maintan cun, memang kena la invest sikit dari segi wang ringgit dan tenaga.  Yang penting, si suami mestilah menjadi ‘trophy’ kebanggaan si isteri, dan si isteri pula ‘trophy’ kemenangan si suami.

So, apa kata si suami tu melaburlah apa yang mampu untuk memenangi ‘trophy’ kemenangan. Sayang isteri beli-belikanlah. Pulangannya pasti lumayan.

Dan si isteri pula, apa kata dalami dan praktikkanlah ilmu menggayakan dan menghias diri dari majalah, internet termasuk di You Tube (macam-macam cara ikatan hijab dan tutorial make up). Tak perlu meminta suami atau kita sendiri berbelanja besar membeli pakaian, make-up dan aksesori mahal lagi berjenama untuk kelihatan anggun bergaya. Malahan  ada juga teknik-teknik untuk kelihatan slim melalui cara pemakaian.

Kesimpulannya, kepada para suami di luar sana yang sayangkan isteri masing-masing, mulakan pelaburan dengan menghadiahkan isteri tuan-tuan elaun spa/facial setiap bulan untuk mereka memanjakan diri.  Atau hadiahkan mereka tiket ke kelas penampilan diri bersama patik, WawaIdris. InsyaAllah pasti terpegun.
Para isteri pun kita sama-sama put in some effort to make it better ya, 🙂

 

Moldiv_1439739812717

OK to be sad & mad, not OK to be BAD

Till next posting, Salaam dari Imejpatik

Gempak Raya Jakel 2015

Assalamualaikum dan salam WOW dari patik.

Selepas waktu pejabat patik sempat singgah ke Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Jakel di Wisma Jakel, Kuala Lumpur.  Patik tiba sekitar pukul 6 petang, Walaupun crowd agak kurang pada waktu tersebut,  namun masih terdapat beberapa orang rakan selebriti dan VIPs.

Jamuan Raya kali ini bertema Gempak Raya Jakel menyasarkan kehadiran seramai 15,000 orang.  Wow memang gempak.  Patik masih ingat tahun lepas, patik menerima undangan Jamuan Raya di kediaman pemilik Jakel ini di Ampang, namun tahun ini sambutan yang lebih hebat di bangunan baru. Tahniah Jakel.

Makanan sedap-sedap, tapi patik taklah makan sangat, kerana leka berbual dan berselfie dengan rakan dan taulan, actually on diet 🙂 .

Patik sangat impressed dengan pasangan Bumiputra Datuk Mohamed Faroz dan Datin Farah Philip yang telah berjaya meluaskan empayar mereka.  Terkini patik dimaklumkan Jakel telah melibatkan diri dalam bidang hartanah di bawah syarikat Jakel Development Sdn Bhd.  Projek pertama mereka terletak di Cheras, Kuala Lumpur iaitu J.Dupion telah hampir 70% telah terjual .  Tahukah anda Dupion adalah nama fabrik sutera.  Kreatif juga mereka ini.  Kain sememangnya tidak dapat dipisahkan 🙂

Apa hubungan patik dengan Jakel ini?  Of course, Patik tiada hubungan saudara 🙂 Namun patik pernah dilantik sebagai konsultan untuk melatih pekerja jenama tudung milik Jakel iaitu Ariani dari aspek Customer Service & Grooming- Bengkel Persona Ariani.  Patik sertakan link video di You Tube PERSONA ARIANI untuk tontonan pembaca blog patik.

Sebelum pulang, patik sempat singgah di butik Ariani Ready To Wear.  Koleksi blouse, jubah, jaket dan seluar yang elegan boleh juga di dapati secara online di Ariani Online.

Akhir sekali patik kongsikan beberapa gambar untuk tontonan pembaca .

p/s : Tidak sempat menukar baju, patik datang dengan baju kerja. Nasib baik memang ada di dalam dress code majlis.

Berkesempatan ketemu Datuk Siti Nurhaliza

Berkesempatan ketemu Datuk Siti Nurhaliza

 

IMG20150813191238

Si ayu Datin Farah Philip-antara tulang belakang Jakel

Photo Booth

Behind the scene Analisa warna – Episod 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya Wawa Idris

Wow Attitude Wow Attire

Perunding Imej anda.

Apa khabar? Saya percaya anda WOW hari ini.

Ini bukan opening Rancangan Nona tetapi itulah dia opening script bagi video ulung patik dipanggil “Analisa Warna”.

Ilham untuk menghasilkan video ini datang sewaktu patik berada di dalam pesawat ke Singapura. Betapa anggun dan berkesannya Pramugari di dalam video yang ditayangkan menyampaikan taklimat keselamatan.

Lantas setibanya patik di Kota Singa terus menghubungi beberapa orang sahabat untuk berkolaborasi menghasilkan sebuah video untuk tatapan penonton patik.

Alhamdulillah, berkat kolaborasi bersama Tuan Redhu Malek, photographer dan cinematographer muda yang begitu professional dan hardworking, suatu video empat episod telah disiapkan dalam masa 3 jam shooting sahaja.  Patik pun berkata sesedap rasa hingga kadang-kadang terlepas koma dan noktah.

Syabas dan jutaan terima kaseh Tuan Redhu. Almaklumlah, beliau terpaksa melayan karenah patik yang bukannya seorang pengacara atau penyampai professional ni. Sudah terbiasa di dalam kelas syarahan patik yang banyak pergerakan tangan dan body movements sehingga terbawa-bawa dalam rakaman. InsyaAllah dengan tunjuk ajar beliau, akan datang patik lebih poised ala-ala pengacara Rancangan Nona 🙂  Untuk mendapatkan khidmat cemerlang Tuan Redhu, sila layari www.redhumalek.com. Terima ksih juga kepada Uncle Kay (Kawaras Yahaya) atas bantuan beliau.

Untuk episod pertama ini, suara patik still okay, nantikan di episode akan datang suara patik dah mula serak-serak basah , ala-ala Farah Fauzana 🙂

hi

Behind the scene

Apapun, niat patik hanyalah untuk berkongsi dengan penonton dan pembaca sekalian ilmu yang patik miliki ini.  Kepada yang mahu berinteraksi secara live bersama patik, temui patik di Bengkel Warna & Pesona pada 20hb September (Sabtu) dan tempat bakal dimaklumkan.  Pendaftaran +60193830717.

Selamat menonton, see you in the next video and till next posting.

Analisa Warna – Episod 1

 

P/s : Jangan lupa suka (like) dan subscribe video patik