Imaan bersama bintang Surga yang Tak di Rindukan 2

16465067_376264512744085_8463795353886392320_n

Happy. Excited. Semua jadi satu sebab Imaan telah menjadi salah satu sponsor kepada tayangan perdana Surga Yang Tak Dirindukan 2 pada hari Selasa, 22 Februari 2017 di Pavilion Kuala Lumpur ajuran ASTRO yeahhhhh. Sesuai sangat tisu Imaan menjadi sponsor kerana cerita ni kan sedih sangat.

IMG_2794

Patik bersama team Imaan

SYTD2 adalah arahan produksi Manoj Punjabi. Filem ini adalah karya penulisan novel terkenal dari Asma Nadia. Sebelum tengok SYTD2 patik sarankan korang semua tengok SYTD1 dulu takdalah macam patik asyik tanya je orang sebelah..

IMG_2898

Tiket SYTD2 boleh buat penanda buku tau

Yang bestnya lagi patik telah di berikan tiket percuma untuk tayangan perdana SYTD2. Patik dapat melihat secara live barisan para pelakon utama dari negeri seberang seperti Feri Nuril, Laudya Cynthia Bella, dan Raline Shah. Kalau korang nak tahu artis tempatan pun ada tau dalam cerita SYTD2, Nora Danish. Untung Nora Danish dapat bekerjasama dengan hero2 handsome dalam cerita tu. Jealous patik …

Malam SYTD2 yang bertemakan putih, yang bersesuaian dengan tajuk cerita tersebut ‘SURGA’  yang tak dirindukan 2, patik membawa team Imaan untuk memeriahkan lagi tayangan perdana tersebut. Ramai betul bidadari cantik yang berpakaian putih datang. Ramai juga artis2 tempatan yang menhadiri tayangan perdana seperti Fatiha, Dafi AF, Asyraff Muslim, Dina, Maria Tengku Sabri, Dato’ Yusuf Haslam dan banyak lagi yang datang tau ! dan tak lupa King Coco selebriti viral pun datang sebagai host pada malam tu.

IMG_2790

Patik bersama ratu viral kita KING COCO

IMG_2911

Heroin SYTD2 Laudya Cynthia Bella sebagai Citra Arini

IMG_2885

Antara artis yang hadir

IMG_2902

Peminat SYTD2  bersama tisu Imaan kite

IMG_2909IMG_2906

untuk SYTD2 patik bagi 8 bintang dari 10 bintang la sebab cerita yang kedua ni tak dapat mengeluarkan air mata patik terlalu banyak. Jadi sesiapa peminat Feri Nuril tu , cepat-cepatlah saksikan SYTD2 di pawagam berhampiran anda.

IMG_2860

sebelum balik patik terpaksa melayan karenah Team Imaan dulu…

 

 

First Date : Meet the Founder Wawa Idris

Alangkah indah apabila patik dilayan umpama princess.. For the first time, patik berpeluang untuk berjumpa dengan Imaan Angels ! We had our supper together at BigBob Cafe, di Pulau Pinang.

17021843_1075663875913298_5486768788260353392_n

Sempatlah patik berposing with diz cute decoration by Angels

 

1

2

Patik sempat berkongsi tenting misi dan perancangan jenama IMAAN.. Sambil berbincang dengan angels-angels, kita selitkan dengan supper & of course lah kita buat benda wajib kita, SELFIE!! Ada yang datang dari jauh just to meet the founder.. Sweet kan diorang ni?

4

 

3

With the Happy Faces ! Seronok dapat jumpa mereka, dan masing masing bercerita tentang pengalaman sepanjang menjadi Imaan Angels. Ada yang started from the bottom, ada yang dah memang berpengalaman, and there’s a lot more experiences ! Happy patik dengar their story. Alhamdulillah, Penang Team ankara yang paling aktif dan mencatatkan jualan yang tinggi.

 

Senyum sikitt, kita selfie !

Senyum sikitt, kita selfie !

Thank you so much, Angels !

Media Appreciation Event by The Face Shop.

15621634_1023125101167176_898682645027470842_n

                                      Jemputan & busana …

 

Sekali lagi patik telah dijemput oleh The Face Shop Malaysia pada 20 Disember 2016, iaitu Majlis Penghargaan Media oleh The Face Shop. Patik dan JC iaitu model tampan serta pelakon yang pernah muncul dalam filem Ola Bola iaitu JC bertindak sebagai menjadi host untuk event tersebut .

 

15590503_1023299107816442_2704540448594684237_n

Patik dan JC, sedondon dalam busana berwarna putih.

Pada hari event tersebut, terdapat banyak media popular yang telah dijemput antaranya Glam, Female, August Man, Cleo, Cosmopolitan, Malaysian Women’s Weekly, Sisters, Her World, Expatriate Lifestyle, Wanita, Marie Claire, Esquire dan banyak lagi.

 

15541695_1023299144483105_4396699361657137327_n

Jadi host pun masih sempat layan tetamu.

unnamed (1)

 

Antara tetamu yang hadir

Patik turut berkongsi perjalanan patik selama 1 tahun menjadi business partner bersama The Face Shop. Memang banyak sangat kenangan dalam setahun ni, terutamanya kerjasama dalam melakukan bengkel/seminar kecantikan.

 

15542168_1023299137816439_1746832712215250474_n

Busana bertema tahi cicak hehehe

unnamed (2)

 Izinkan patik berphotoshot sebentar bersama JC

Patik ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak The Face Shop di atas jemputan ke majlis yang berprestij ini. Dan juga, terima kasih dalam perjalanan bersama sebagai business partner.

The Face Shop, enhance your natural beauty..