Beauty Workshop for Wawa Idris’s Fans Sponsored by The Face Shop Malaysia.

Pada Oktober yang lalu, The Face Shop Malaysia berbesar hati menganjurkan satu program patik bersama followers yang ditaja oleh pihak mereka. Maka program itu dijalankan dengan sukses pada 4 Disember 2016. Bukan main seronok semua followers dapat info yang menarik dengan percuma.

 

15350673_1009278885885131_1624276917587719229_n

Wawa Idris memberikan tips tentang personaliti followersnyaa.. ramaikann ??

 

Aktiviti di mulakan dengan perkongsian daripada patik yang bertajuk “Winning Personality”.  Kesemua peserta khusyuk mendengar patik berkongsi ilmu selama satu jam setengah.

 

15338794_1009347759211577_5795481495814309747_n

Juru solek The Face Shop menerangkan cara yang sesuai untuk solekan di bibir.

 

The Face Shop turut turun padang dalam perkongsian ilmu, dimana salah seorang make-up artist mereka memberi tips dalam cara-cara apply make-up mata. Kemudian, peserta diberi peluang untuk bersolek dengan menggunakan barangan The Face Shop.

 

15350601_1009347732544913_7723223514642493377_n

Followers begitu gembira mencuba barangan make-up The Face Shop yang exclusive.

 

Setelah selesai semua aktiviti solekan, peserta dibawa turun ke café untuk sesi lunch bersama Wawa Idris. Sesi makan sambal  bertukar pendapat dan juga sesi mengambil gambar.

 

15241977_1009347729211580_2899811818710630058_n

Wajah-wajah peserta yang menjayakan program bersama patik tajaan The Face Shop. Terima Kasih Semua.

Akhir sekali, patik ingin berterima kasih kepada pihak penganjur iaitu The Face Shop Malaysia, kerana sudi memberi sponsor untuk “Beauty Workshop” ini. Terima kasih juga kepada semua yang meluangkan masa hujung minggu anda untuk menyertai bengkel ini.

Peserta pulang dengan goodies bag dari The Face Shop.

 

Bagaimana tampil meleT.O.P dalam Setiap Penampilan

Assalamualaikum..

Patik sering mendapat soalan tentang gaya penampilan yang perlu dibawa untuk ke sesebuah majlis. Ramai individu yang takut untuk bergaya kerana takut tidak kena tempat atau pun terlalu “over” berbanding orang lain. Di sini patik nak konsgi panduan yang dipanggil T.O.P supaya anda meletop dalam setiap penampilan.

Teknik T.O.P terbahagi kepada tiga aspek iaitu T untuk Time (Masa), O untuk Occasion (Majlis) dan akhir sekali ialah P untuk Place (Tempat). Ketiga tiga ini adalah antara aspek penting yang perlu diambil kira ketika memilih pakaian supaya anda nampak bergaya dan “fit in”.

12651273_812735128872842_7596247471011394777_n

1. T – Time (Masa)

Semasa memilih busana yang hendak di pakai ke sesuatu majlis, anda mesti lah lihat pada masa majlis tersebut sama ada pagi, petang atau malam. Contohnya jika majlis minum petang atau hi-tea, lebih sesuai jika anda mengenakan gaya smart casual. Smart casual bermaksud gaya yang santai namun masih ada class dan nampak kemas. Jangan pula terlalu santai sehingga menampakkan seperti anda tidak bersiap.

Untuk majlis yang diadakan pada sebelah malam, adalah lebih sesuai jika anda menggayakan pakaian atau perhiasan yang sedikit glamour untuk menaikkan lagi seri pada malam tersebut. Tidak perlu untuk memakai pakaian atau perhiasan yang sarat pada masa yang sama, anda boleh memilih untuk menggayakan antara mana yang perlu dijadikan “focal point” anda pada malam tersebut.

Tidak semestinya anda perlu membeli baju baru untuk semua acara yang berlainan masanya. Anda boleh juga menggunakan teknik mix & match untuk mengurangkan bajet namun masih tampak stailo!

Contoh mix and match yang boleh digunakan sepanjang hari (Sumber: Google Image)

Contoh mix and match yang boleh digunakan (Sumber: Google Image)

2. O – Occasion (Majlis)

Majlis yang bakal dihadiri adalah aspek yang paling penting semasa meilih sesuatu busana. Contohnya, jika anda menghadiri majlis perkahwinan, elakkan memakai pakaian yang menjolok mata kerana ianya tidak bersesuaian untuk berkumpul dengan keluarga atau kawan lama dengan menggayakan gaya tersebut ataupun elakkan memakai gown gown besar untuk mengelakkan anda menjadi “pengantin” pada hari tersebut.

Dengan menggunakan tips ini, anda dapat mengelakkan dari kelihatan “over dressed” pada hari majlis tersebut.  Namun, anda juga perlu “alert” jika sesebuah majlis itu mempunyai tema pakaian tersendiri supaya anda tidak kelihatan janggal kerana tidak mengikut tema majlis.

Selain itu jika majlis itu adalah majlis makan malam bersama para korporat, lebih sesuai jika anda memakai gaya business casual. Ini supaya anda tidak kelihatan “overdressed” mahupun “underdressed”.

Sesi breakfast bersama Peniagawati dengan penampilan fomal & smart casual

Sesi breakfast bersama Peniagawati dengan penampilan fomal & smart casual

3. P – Place (Tempat)

Tempat juga perlu diambil kira bagi ketika memilih busana atau gaya untuk ke suatu majlis. Contohnya jika anda hadiri majlis yang bertempat di tempat yang agak terik dengan matahari, boleh elakkan memakai suits untuk mengelakkan anda menjadi tidak selesa. Jika anda ingin menggunakan teknik ‘layering’ pakai lah sports jacket atau cardigan utk wanita kerana texture dan materialnya lebih sesuai dengan cuaca tersebut.

Tips ini tidak semestinya hanya boleh digunakan jika anda mahu menghadiri majlis. Namun boleh juga dipratikkan ketika anda mahu ke pusat membeli belah atau beriadah bersama keluarga. Cuba lah untuk memakai pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti anda supaya anda merasa selesa untuk bergaya tidak kira tempat.

Perbezaan antara suits dan sports jacket (Sumber: Google Image)

Perbezaan antara suits dan sports jacket (Sumber: Google Image)

Nasihat patik, jangan takut untuk bergaya kerana dengan bergaya anda akan menjadi lebih yakin dengan diri. Maka setiap kali sebelum memilih baju untuk dipakai, sila fikir TOP ini ya. Selamat mencuba!

Wawa Idris; Si Perunding Imej

Wow Attitude Wow Attire

Instagram : wawaidris_imejpatik

Betul ke wajah wanita paling cantik lepas bangun tido?

Assalamualaikum dunia..

Dulu-dulu kita biasa dengar statement begini, “Kalau nak tahu wanita tu cantik ke tidak, kena tengok wajah dia bila bangun tidur”.. errkkkk apa kena -mengena bangun tidur dengan wajah kita kan?

Wajah segar patik

Wajah segar patik

Yang kelakar tu, statement ni selalu diungkapkan oleh kaum lelaki.  Rajin pulak mereka membelek wajah wanita bangun tidur.. Mungkin bagi mereka, pada waktu ini adalah wajah original, tanpa makeup, rambut serabai, muka sembab plus air liur basi 🙂

Patik adalah juga buat kajian dengan bertanyakan para peserta kursus patik di kalangan wanita.  Rata-rata ada jugalah bersetuju wajah ‘natural beauty’ ni boleh dilihat waktu pagi sahaja, sebab pada waktu pagi wajah kita agak glowing kemerah-merahan.

Patik percaya, penjagaan kulit wajah amat penting dalam mendapat wajah glowing sepanjang hari.  Wajah kita ni, kalau tak bersih dan bermasaalah, percayalah, make up setebal manapun tetap tak berapa cantik.

Tetapi kalau kulit kita sihat, solekan tipis sahaja sudah nampak cantik.  Macam patik 🙂 (perasan sokmo…)

Pagi-pagi ni patik kongsikan wajah patik di pagi hari.  Patik memang wajib bersihkan wajah dengan pembersih muka dari Rysya Skin care.  Rozita Che Wan pun guna sampai bawa ke Paris uoll 🙂

Kulit sihat

Kulit sihat

p/s Hari tu Che Ta bagi tahu patik, tips basuh wajah dengan air sejuk, atau guna ais pun bagus untuk tutupkan pori-pori..

Jom  follow patik di instagram wawaidris_imejpatik.

Jika berminat untuk jemput patik memberi talk tentang penampilan dan kecantikan sila hubungi 019-3830717.

Wassalam.

Born to inspire; Wawa Idris (Perunding Imej Anda)

 

Blouse lama trending semula

Beberapa hari yang Lepas patik ada membuat posting berkenaan Kabinet Baru. Di dalamnya patik ada mengatakan “patik juga nampak yang beliau ada memasukkan kembali sehelai blouse lama yang telah dikeluarkan dulu…..manalah tahu fesyen lama itu akan kembali trending”.

Yes! ramalan patik benar belaka. Blouse lama telah trending semula. Tak faham ye? Sila baca Kabinet Baru. Baca disini.

Lihatlah saja di majlis-majlis rumah terbuka raya sehari dua ni, baju-baju kurung dan blouse lama dari tahun-tahun lepas mula dipakai semula ke majlis-majlis tersebut. Mana tidaknya, baju raya tahun ni samada dah dihantar dry cleaning belum diambil semula. Atau disebabkan terbeli baju raya saiz ‘bulan ramadhan’ dan kita pula dah masuk dua minggu Syawal. Jadi badan kita pun dah kembali ke saiz asal. Ketatlah pulak baju raya tu. Mau tidak mau, recycle saja lah baju dan blouse lama tu.  Patik sendiri memakai kembali koleksi bjau-baju 10 tahun ynag lepas ke majlis rumah-rumah terbuka.

Untitled

Koleksi baju patik 3 tahun lepas.

Untitled1

Recycle baju patik 10 tahun yang lalu

Senang nak jadi trending bukan?

Bercakap berkenaan blouse lama ni, kali ini patik teringat pula kepada seorang lagi nama besar dari Johor. Bukan patik nak bercerita berkenaan Tan Sri Zeti lagi…cukuplah beliau saja yang patik labelkan “Lembut mu cukup jantan”. Baca sini. Tapi patik rasakan mungkin label ini juga tepat kepada nama besar yang seorang lagi ni.

Baru-baru ini nama Dato’ Seri Azalina Othman Said trending di dalam media. Sporting nya beliau, sehinggakan beliau boleh rapping bersama-sama Joe Flizzow di atas pentas. Kalau nak menarik minat orang muda, seharusnyalah mengikut rentak mereka. Hip-hop kan. Hhmm mungkin..

Apa pun patik tidak berminat untuk bercerita isu-isu viral tersebut. Apa yang patik mahu bercerita berkenaan beliau ialah “ personality style” beliau. Di dalam ilmu personal styling yang patik menuntut sampai ke England tu, patik boleh bahagikan jenis personaliti individu kepada 4 kategori utama dan antaranya adalah personaliti Natural atau Sporty. Beliau ini boleh patik kategorikan kepada seorang yang mempunyai personaliti Natural.

 

Apakah ciri-ciri beliau yang menyebabkan patik katakan beliau ini seorang natural?

  1. Tidak gemar dengan solekan. Kalau bersolek pun, mungkin hanya sekadar bedak dan lip balm Patik ada perasan beliau mungkin terpaksa bersolek semasa profil photoshoot sahaja, macam gambar di bawah. Wah nampak lebih muda, segar dan bertenaga jika bersolek kan.

 

3

(Gambar: Google)

4

Lebih selesa tanpa solekan dan gaya ringkas.

(Gambar: Google)

  1. Gemar kepada warna-warna yang gelap dan natural seperti hitam, putih, cream, kelabu, navy blue, brown.
  2. Lebih cenderung memakai sesuatu yang beri keselesaan seperti pakaian daripada fabrik kapas, menyarung sandal/flat shoe/sports shoes di kaki (kurang suka bertumit tinggi)
  3. Gaya rambut yang sangat simple, which do not require high maintenance.

 

Dan ada banyak lagi ciri-cirinya.. Mengikut observation patik sangat ramai golongan wanita dan lelaki yang berpesonaliti Natural ini.

Jika pembaca nak tahu lebih lanjut boleh menyertai kursus / bengkel anjuran patik. Terdapat sesi analisa personaliti yang bakal mendedahkan tabiat dan kecenderungan gaya/stail seseorang berpandukan gayahidup, kerjaya dan taste dalam berpakaian. Terdapat kelebihan dan kekurangan yang perlu kita tahu.

Perlu ambil tahu ke? Yes! kerana setelah kita mengenali personaliti diri, barulah kita boleh membuat adjustment kepada koleksi pakaian sediaada seterusnya memberi kita clue pakaian yang patut kita beli selepas ini mengikut sasaran kerjaya dan potensi diri kita.

Sebelum patik akhiri kalam kali ini, patik ucapkan tahniah kepada beliau yang dilantik sebagai Menteri di JPM. Ianya bukan suatu tugas yang mudah (patik sendiri tak berminat nak menjadi Ahli Politik, tambah pening kepala patik saja).

Kalau patik diberikan tanggungjawab tersebut, patik hanya tau buat satu perkara sahaja…iaitu menasihatkan kesemua ahli parlimen untuk memperbaiki their “Image ABC”atau dalam bahasa Malaysia “Imej 3K”

 

Kalau nak tau apa itu “Image ABC”…carilah patik ya..

Till next posting.

5

Farah Fauzana antara selebriti yang sering tampil natural. Sukakan denim.

(Sumber:google)

lisa-surihani-ROTIKAYA

Si natural; Lisa Surihani seorang yang simple di luar set. She looks very comfortable in her own skin.(Sumber:google)

jr

Kebanyakan personaliti natural nampak lebih mesra seperti si manis Julia Roberts

P/s: Patik sendiri mempunyai personaliti Classic Elegant & Dramatic.

 

Zeti, lembut mu cukup jantan..

Pagi ini dalam patik menikmati segelas milo ais dan satu set telor tiga suku masak, sempat patik melayari dada-dada akhbar online dan media sosial. Ceritanya masih sama…berkenaan seseorang yang bernama Md.B. Pendek saja namanya, tapi amat menggegarkan dunia.

Yang amat menarik perhatian patik ialah bagaimana begitu banyak nama-nama besar lain di dalam negara ini yang terkait dgn Md.B ini.

Salah satu nama besar itu ialah juga seorang yang berasal dari keturunan orang Johor sehinggakan patik terus teringat ungkapan Sasterawan Negara Usman Awang tentang salah satu sifat-sifat orang Johor. Kata beliau “Lembutnya cukup jantan”…

Nama besar yang patik maksudkan ini bukan seorang jantan…tetapi seorang ibu, isteri dan seorang yang telah di amanahkan untuk memegang kunci perbendaharaan negara dan mohor tangannya berada di atas setiap wang kertas di dalam saku kita.

Selayaknyalah seorang wanita menjaga perbendaharaan negara. Sebagaimana ibu-ibu kita menjaga budget rumah tangganya. Beliau yang patik maksudkan ialah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Gabenor Bank Negara. Namun diruangan ini patik tidak mahu mengaitkan beliau dengan Md.B, patik ni imej konsultan, bukan tuanpunya Sarawak Post ya.

1

Suka mengenakan kain tanpa corak untuk tampak professional. (Sumber gambar: google)

Sejak dahulu lagi patik meminati pembawaan diri beliau, dari cara penampilan, termasuk pertuturan, bahasa tubuh semuanya kombinasi yang cukup elegan.  Pada usia yang melewati 60an, beliau setia dengan baju kurung untuk setiap urusan, patik perasan beliau banyak koleksi baju pesak gantung dengan pilihan kain-kain sutera, satin dan cotton.

Apa sahaja yang terhampar disusuk tubuh beliau tampak eksklusif tanpa mengenakan aksesori yang sarat berlebihan, beliau cukup setia dengan juraian mutiara.  Senyum yang sentiasa terukir di wajah beliau nampak nyaman mata memandang.  Pastinya beliau mewarisi taste arwah bonda beliau iaitu Azah Aziz atau Mak Ungku pejuang tradisi Melayu.

2

 

Less is more powerful..  (Sumber gambar: google)

 

3

(sumber gambar: Google)

Tidak perlu menggandingkan kebaya dengan jean’, ‘baju kurung potongan klasik mengikut negeri di Malaysia sudah cukup istimewa’ dan ‘kenapa perlu dimodenkan reka bentuk baju kurung atau diganti jenis kainnya?’, antara petikan kata-kata allahyarhamah Azah Aziz bonda kepada Tan Sri Zeti (yang membuktikan keteguhan beliau mempertahankan keaslian tradisi.)

 

4

Baju Kurung potongan klasik kegemaran patik

Siapa kata pakai baju kurung tampak macam kekampungan atau outdated. Kepada wanita yang masih muda yang berumur di bawah 50an, lebih banyak pilihan dengan koleksi baju mini kurung atau kebaya yang mengikut potongan badan (tidak perlu ketat). Elakkan corak bunga yang marak dan  kombinasi warna serabut (Nampak macam kebun bunga bergerak patik tengok)

Apa pun, patik mengangkat beliau sebagai idola patik. Lambang wanita korporat yang berjaya, lembut tetapi auranya cukup jantan.

Till next posting..

p/s Minggu ini patik kerap mengenakan baju kurung kerana banyak jemputan menghadiri rumah terbuka.