Siapakah gerangan?

Bismillahhirrahmanirrahim… Salam Ramadhan yang ke 27.. my first attempt to write.. One fact about me, I love reading but I hate writing, words are hard for me. They’ve always been hard for me.  Patik prefer to talk, that’s the reason patik become a trainer..  Hhhmm, patik just wanna challenge myself to do something that scare me.. Like patik always did, be out of your comfort zone..

Patik adalah Wawa Idris, not to mentioned my real name, it’s quite hard to pronounce.. patik berbangsa Melayu, ada juga yang bertanya “are you mix’?  my answer.. “Haah! Im mix, half Negeri Sembilan and half Perak J” ,   Soalan lain, You ni siam ke? Indonesia ke? Waktu dalam teksi di Jakarta, driver teksi bertanya, “Are you Muslim?”dalam hati patik berkata kata “Ha tula.. siapa suruh tak pakai tudung.. ”  🙂

Dahulunya patik hanyalah budak comot yang duduk di kota KL, tiada keyakinan.  Kepayahan & ketakutan membuatkan patik menjadi seorang yang berdikari.. Ramai orang yang suka untuk kembali ke zaman mereka kecil, tetapi bukan patik.

Ibu patik berasal dari Seri Menanti (sebelum ini dikenali dengan Seri Menunggu, gurau jea..), Negeri Sembilan.  Jadi faham-fahamlah, maka cili api memang ibu patik beli timbang kilo.. Bapa patik dari Perak.  Owhh teringat pada Opah patik, dah hampir 80 tahun umur, Opah suka berbual dengan cucu-cucunya, tapi kami yang orang Key Ell ni, banyak butir loghat yang kami tak faham, main angguk-angguk macam faham nak ambil hati Opah.. sian Opah.. dah bongkok dah Opah patik..

Apa yang patik buat..

Patik bekerja, patik juga merupakan seorang Perunding Imej Bertuliah, sering mendapat jemputan oleh syarikat korporat untuk berkongsi ilmu Penampilan Imej Profesional.  Ada juga dijemput untuk memberi perkongsian singkat di public seminar anjuran sahabat trainer yang lain dan juga  jemputan daripada jenama atau perniagaan yang perlukan kepakaran patik.  Sering juga patik dijemput oleh pihak media untuk muncul di kaca TV dan Radio seperti Media Prima, RTM, Astro dan BERNAMA untuk berkongsi kepakaran patik.  That’s the answer to those yang selalu buat statement “You look familiar”.. apa pun patik bukanlah selebriti 🙂

Patik juga merupakan co-founder jenama Turban Couverture Kuala Lumpur. Terima kasih kepada kaum keluarga dah para sahabat patik yang memberikan sokongan dan berdoa untuk kejayaan patik.. Terlalu banyak untuk patik bercerita.. till the next posting..

WawaProfile7

 

Audrey Hepburn, ikon fesyen yang patik minati.

Patik juga merupakan co-founder jenama Turban Couverture Kuala Lumpur. Terima kasih kepada kaum keluarga dah para sahabat patik yang memberikan sokongan dan berdoa untuk kejayaan patik.. Terlalu banyak untuk patik bercerita.. till the next posting..

Memberi dan Merasa

Bismillahhirahmannirahim

Hujung minggu ni, kita masuk ke separuh kedua bulan Syawal tahun ini. Semakin banyak lah open house yang akan diadakan dan perlu di hadiri. Samada jemputan dari saudara mara mahupun dari rakan taulan, kalau boleh mau saja kita hadirkan diri semuanya.

Kepada yang telah sudi menjemput patik, Insya Allah akan patik sampai jua. Tapi kalau tidak sampai, faham-faham saje la ya. Kadang dalam sehari tu, satu jemputan di Rawang, satu di Seremban. Ada yang di Ampang dan ada pula di Kelang. Waze pun kadang-kadang jadi pening so ‘waste my time’..
First sekali yang bermain di kepala patik bila mendapat jemputan open house yang tak putus-putus ni ialah apakah yang patut patik pakai ke majlis-majlis open house ni?

oh1

Jalan-jalan raya bertemu saudara mara & rakan taulan. Terserempak Dato’ terlajak laris.

Rule of thumb yang selalu patik gunakan ialah, kiranya jemputan open house itu adalah dari rakan-rakan korporat, perniagaan atau VIP, yang selalunya akan di adakan di hotel-hotel atau pusat konvensyen, maka patik akan berpakaian dan bermake-up agak formal. Maka akan keluarlah baju-baju raya yang lebih glamourdan lebih dramatik.

Kalau pula banyak jemputan untuk hari tu di rumah saudara-mara dan rakan taulan, yang selalunya akan diadakan di kawasan rumah mereka, maka patik akan berpakaian dan bermake-up untuk lebih selesa dan sesuai dengan keadaan.

Yang penting adalah kita menyesuaikan diri dengan tempat dan tuan rumah kita.

Dalam kesibukan kita kunjung mengunjungi open house ni, patik harap kita jangan lupa mengenang kembali performance kita di bulan Ramadhan yang lepas. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita “Beribadat dan Berbelanja”. Beribadat  melalui puasa, solat fardhu, solat terawih, sedekah dan zakat kita. Berbelanja melalui spending kita pada juadah berbuka puasa, baju baru, kasut baru, langsir baru dan sebagainya yang baru.

So kalau ditimbang performance kita, beribadat yang lebih atau berbelanja yang lebih? Renung-renungkanlah.  (Patik sedang merenung bulan ni, memikirkan)..

Kalau patik katakan bulan Ramadhan adalah bulan “Beribadat dan Berbelanja”, bulan Syawal pula ialah bulan kita “Memberi dan Merasa”.

Memberi kerana di bulan Syawal inilah kita akan memberi makan kuih-muih, ketupat, lemang, rendang kepada para tetamu yang datang ke rumah kita. Tidak ketinggalan juga memberi duit raya kepada anak-anak, anak-anak buah, anak-anak teman sahabat dan anak-anak siapa jugalah yang ada. Inilah sebenarnya hasil titik peluh perbelanjaan kita sepanjang bulan Ramadhan lalu.
Maka balance la semula ibadat dan perbelanjaan kita di bulan Ramadhan lalu, melalui pemberian kita memberi makan kepada para tetamu dan duit raya kepada anak-anak bagai di bulan Syawal ini. Asalkan, kita niatkan dan ikhlaskan semuanya.

Patik katakan bulan Syawal ini adalah bulan Merasa pula kerana di bulan Syawal inilah kita juga berpeluang merasa berbagai jenis kueh mueh dan hidangan hari raya di rumah-rumah yang kita kunjungi. Dan anak-anak kita pula merasa pemberian duit raya dari tuan rumah. Adil bukan?
Dan satu pesanan patik, latih la anak-anak kita untuk mengucapkan terima kasih dan selamat hari raya kepada tuan rumah yang memberi duit raya tu, dan kalau boleh jangan lah di buka paket duit raya tu di hadapan tuan rumah. Itu namanya Etika Raya.

oh2

Membuka sampul raya di hadapan tuan rumah adalah dilarang sama sekali.  Dalam kereta okay.

Kita pula, setelah menikmati segala jenis juadah di open house tu, kalau tuan rumah ada mempunyai anak-anak, tidak salah jika kita juga memberi duit raya kepada mereka….inilah yang patik katakan “Memberi dan Merasa”.

Jika patik tidak post apa-apa sepanjang weekend ni, faham faham saje la. Kemungkinan patik sedang kekenyangan dari menikmati juadah-juadah yang sedap-sedap tu.

Till my next posting….  Eh lupa nak pesan, elakkanlah cerita 1MDB kalau pergi beraya rumah orang.

oh3

 

Raya pertama patik menyusup masuk ke kebun buah.

Langgar Pantang di Victoria’s Secret

Hari ini patik berkesempatan menemani my best buddy Lady Sue minum petang di Restoran Sambal Sauce di NUSentral.  Menarik menunya.  Lady Sue  berjaya menghabiskan sepinggan nasi goreng kampung yang di order dan separuh roti tisu patik.  Almakumlah Lady Sue dalam proses menaikkan berat badan ( tugasan yang amat mudah), sedangkan patik pula bertungkus lumus untuk hilangkan lemak hasil collection sepanjang Syawal.

vs1

Hazelnut Latte dan Ais Jagung

Selesai di Sambal Sauce, kami menuju ke Hotel Hilton di KL Sentral (istana hinggap Lady Sue) dan menyusuri kedai-kedai di NU Sentral. Terhenti langkah, Lady Sue menarik tangan patik untuk menyinggah di Victoria’s Secret kononnya mahu membeli  make-up bag.  Seperti biasa, patik tidak bercadang untuk membeli apa-apa, sekadar menemani Lady Sue.  Maka antara pantang untuk mengelakkan dari berbelanja, jangan sesekali mengambil mana-mana tester untuk dicuba.  Maka patik hanya membelek-belek botol dan kotak yang menarik di mata patik.  Patik memang gemar memerhatikan packaging for international brands.

vs2

Terhenti langkah patik di suatu sudut bila terbaca “body mist BUY ONE GET ONE FREE”. Ahha.. menarik, lalu patik bertanya kepada sales girl ‘show me the best smell, please”.   Nampak tak patik dah terlanggar pantang.

To cut the long story short, patik telah membawa pulang 2 botol Body Fragrance Bomb Shell & Fearless by Victoris’s Secret for only RM121. Kesimpulannya Lady Sue tidak membeli apa-apa pun, patik pulak yang terlanggar pantang.  Inilah sebenarnya pantang patik… PANTANG NAMPAK 🙂

vs3

Zeti, lembut mu cukup jantan..

Pagi ini dalam patik menikmati segelas milo ais dan satu set telor tiga suku masak, sempat patik melayari dada-dada akhbar online dan media sosial. Ceritanya masih sama…berkenaan seseorang yang bernama Md.B. Pendek saja namanya, tapi amat menggegarkan dunia.

Yang amat menarik perhatian patik ialah bagaimana begitu banyak nama-nama besar lain di dalam negara ini yang terkait dgn Md.B ini.

Salah satu nama besar itu ialah juga seorang yang berasal dari keturunan orang Johor sehinggakan patik terus teringat ungkapan Sasterawan Negara Usman Awang tentang salah satu sifat-sifat orang Johor. Kata beliau “Lembutnya cukup jantan”…

Nama besar yang patik maksudkan ini bukan seorang jantan…tetapi seorang ibu, isteri dan seorang yang telah di amanahkan untuk memegang kunci perbendaharaan negara dan mohor tangannya berada di atas setiap wang kertas di dalam saku kita.

Selayaknyalah seorang wanita menjaga perbendaharaan negara. Sebagaimana ibu-ibu kita menjaga budget rumah tangganya. Beliau yang patik maksudkan ialah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Gabenor Bank Negara. Namun diruangan ini patik tidak mahu mengaitkan beliau dengan Md.B, patik ni imej konsultan, bukan tuanpunya Sarawak Post ya.

1

Suka mengenakan kain tanpa corak untuk tampak professional. (Sumber gambar: google)

Sejak dahulu lagi patik meminati pembawaan diri beliau, dari cara penampilan, termasuk pertuturan, bahasa tubuh semuanya kombinasi yang cukup elegan.  Pada usia yang melewati 60an, beliau setia dengan baju kurung untuk setiap urusan, patik perasan beliau banyak koleksi baju pesak gantung dengan pilihan kain-kain sutera, satin dan cotton.

Apa sahaja yang terhampar disusuk tubuh beliau tampak eksklusif tanpa mengenakan aksesori yang sarat berlebihan, beliau cukup setia dengan juraian mutiara.  Senyum yang sentiasa terukir di wajah beliau nampak nyaman mata memandang.  Pastinya beliau mewarisi taste arwah bonda beliau iaitu Azah Aziz atau Mak Ungku pejuang tradisi Melayu.

2

 

Less is more powerful..  (Sumber gambar: google)

 

3

(sumber gambar: Google)

Tidak perlu menggandingkan kebaya dengan jean’, ‘baju kurung potongan klasik mengikut negeri di Malaysia sudah cukup istimewa’ dan ‘kenapa perlu dimodenkan reka bentuk baju kurung atau diganti jenis kainnya?’, antara petikan kata-kata allahyarhamah Azah Aziz bonda kepada Tan Sri Zeti (yang membuktikan keteguhan beliau mempertahankan keaslian tradisi.)

 

4

Baju Kurung potongan klasik kegemaran patik

Siapa kata pakai baju kurung tampak macam kekampungan atau outdated. Kepada wanita yang masih muda yang berumur di bawah 50an, lebih banyak pilihan dengan koleksi baju mini kurung atau kebaya yang mengikut potongan badan (tidak perlu ketat). Elakkan corak bunga yang marak dan  kombinasi warna serabut (Nampak macam kebun bunga bergerak patik tengok)

Apa pun, patik mengangkat beliau sebagai idola patik. Lambang wanita korporat yang berjaya, lembut tetapi auranya cukup jantan.

Till next posting..

p/s Minggu ini patik kerap mengenakan baju kurung kerana banyak jemputan menghadiri rumah terbuka.

MH – Wira di sebalik kebaya

Akhirnya setelah 17 bulan menghilang, kita diketemukan dengan suatu ‘clue’ yang diharapkan akan dapat merungkai sebuah misteri. Sebahagian dari apa yang kini dikenal pasti sebagai bahagian sayap kapalterbang jenis Boeing 777 dan kemungkinan besar MH370 kepunyaan negara. Di temui terdampar di pantai pulau Reunion yang terletak di pesisir Madagascar. Lebih 8,000 batu dari destinasi asalnya Beijing, China.

Dalam pada patik berduka dengan kehilangan yang berlaku lebih 510 hari lalu, patik juga di dalam ketakjuban di dalam memahami kuasa Allah. Berbagai teori samada teknikal, konspirasi dan teori alam ghaib dicanangkan di segenap pelusuk alam maya ini untuk memberi jawapan kehilangan MH370. Termasuklah Raja Bomoh yang menunjukkan skill terbang di KLIA.

Pelbagai peralatan canggih, moden dan terkini termasuklah satelit di angkasa digunakan untuk mencari dan menyelamat.    Namun akhirnya kuasa alam yang dikawal selia oleh Allah jua yang menampilkan jawapannya. Hilang di lautan dalam, hanyut di bawa ombak lalu terdampar di daratan.  227 orang penumpang hilang dan diumumkan terkorban bersama-sama kehilangan pesawat tersebut.

mh1

Sumber: Google

12 anak kapal yang bersama-sama penumpang-penumpang tersebut turut terkorban jiwa sewaktu mereka melaksanakan tugasan terakhir mereka di dalam memberikan perkhidmatan kepada para penumpang demi keselesaan mereka sepanjang perjalanan itu. Mereka adalah wira yang tidak di dendang.

Sebagai seorang yang pernah menjadi “tetamu” MAS di atas pesawat mereka, patik sentiasa mendapat layanan yang mesra dari setiap cabin crew yang bertugas. Samada di kelas business mahupun di kelas ekonomi. Sambutan mereka ketika patik melangkah masuk ke kabin kapalterbang, disapa dengan senyuman dan ucap selamat, walaupun patik mungkin penumpang yang ke 500 yang telah mereka temui pada hari itu.  Itulah Golden Service MAS.

Patik ingat lagi 14 hari selepas kehilangan peawat MH370, tragedi itu masih hangat diperkatakan di seluruh dunia, dan patik terbang ke London untuk menghadiri classes for my Style Coaching Certification. Menaiki pesawat Emirates, sepanjang perjalanan resah gelisah, tidur tak lena, berdoa pesawat itu dapat bawa patik mendarat di London dengan selamat.

 

mh2

Wajah kurang konfiden patik di dalam pesawat

mh3

Akhbar ini masih di dalam simpanan patik sebagai koleksi sejarah untuk ditunjukkan kepada anak patik kelak.

Berita tragedi MH370 terpampang di semua dada akhbar di London pada ketika itu.  Terguris juga perasaan dengan laporan yang disajikan oleh media.

Mengingati barisan pramugari MAS, patik percaya ramai yang bersetuju Sarong Kebaya hijau berbunga yang mula dipakai oleh setiap pramugari MAS sejak tahun 1986, mereka kelihatan ayu dan anggun namun tetap professional dan versatile untuk melaksanakan setiap tugasan di dalam kabin. Dari melayan penumpang, mengangkat bagasi, menolak troli, menyediakan makanan, mencuci galley sehingga membersihkan tandas kapalterbang pun boleh dilakukan walau di dalam kebaya tersebut.

Dan patik juga dimaklumkan bahawa belahan pada kain kebaya peramugari sebenarnya mempunyai fungsi keselamatan. Di dalam kecemasan, si pemakai akan mengangkat ‘helm’ kain dan diikat dipinggang menjadikannya seperti skirt untuk membolehkan pemakai bergerak lebih tangkas.

Dan pada malam yang malang buat mereka dan buat semua tetamu MH370, 17 bulan lalu. Patik amat pasti setiap 12 orang anak kapal pesawat tersebut masih lagi kelihatan anggun dan segak, masih tetap tenang melayan para penumpang dan mereka masih kekal profesional di dalam menghadapi kecelakaan yang mereka hadapi di saat-saat mencemaskan jauh tinggi di udara sana.

Tiada siapa menjangka malang yang bakal menimpa mereka, tugas tetap tugas. Selagi di dalam uniform, selagi itu Golden Service di berikan.

Seorang cendikiawan pernah memberitahu patik…”seorang wira tidak perlu terkorban di dalam celoreng sambil memegang senjata”…”wira patik pergi di dalam kebaya hijaunya”.

Buat semua anak-anak kapal MH370…kamu wira patik…kamulah juga Malaysia Hero.

Till next posting.

Foto terakhir untuk entry ini.

mh4

Hyde Park- A must visit place setiap kali patik ke sana.

Wahai tuan Wan Emdibi

Melayu Glokal.

Sejak dua tiga hari kebelakangan ini, telah tersebar meluas di media sosial tentang identiti seorang lelaki yang amat popular di Malaya sekarang ini.

Lelaki misteri ini akhirnya telah ditemui dan dikenalpasti. Di dalam posting patik yang terdahulu patik menggelarkannya Md. B. Rupa-rupanya nama sebenar beliau ialah Wan Emdibi. Dekat-dekatlah tu. Yang penting kita telah tau siapa dia.

1mdbSumber: Google

Seperti biasa, patik tidak mahu mempolitikkan isu En Wan Emdibi ini di blog patik. Sampai kering dakwat pun tidak ada kesudahannya., dan ini bukanlah blog politik.

Sebagai imej konsultan, patik lebih berminat untuk mengkaji En Wan Emdibi ini dari segi style, gaya dan keterampilan beliau. Hhmm, pakaian apa yang beliau pakai, kasut, jam tangan dan aksesori lain yang tersemat di badan beliau.

Maklumlah En Wan Emdibi ini bukannya calang-calang orang. Dah terkenal di seantero dunia. Bukan saja di media negara kita memperkatakan berkenaan beliau, malah CNN, BBC dan Al-Jazeera pun kerap menonjolkan berita berkenaan beliau. Apatah lagi Wall Street Journal, Malaysiakini, Sarawak Report dan media-media yang sewaktu dengan mereka ini.

Apa yang patik dapat bayangkan berkenaan En Wan Emdibi ini ialah beliau mungkin berumur di dalam lingkungan pertengahan 40 tahun ke atas. Ya lah orang muda takkan lah boleh nak mengumpulkan aset sehingga bernilai RM52 billion dalam masa tak sampai 7 tahun. Beliau mesti juga mempunyai rapport yang cukup hebat untuk mendapatkan asset-aset tersebut dengan cuma bermodalkan RM1 juta.

Beliau mempunyai tanah beratus ekar di Kuala Lumpur dan Penang. Stesen janakuasa tenaga sampai 13 buah di sini dan di 5 negara lain di Bangladesh, Libya, Mesir, UAE dan Pakistan. Goheadgostan dan Tanjung Rambutan tak masuk ya. Bak kata Sulaiman Akhlaken, kapal di laut, gudang di darat.

Setakat kawan-kawan beliau ni jangan ceritalah, ada kawan Pak Arab yang mempunyai yatch, ada produser filem di Hollywood dan juga kawan-kawan yang suka berparti di Las Vegas.

Beliau ini juga pastinya seorang jet-setter, terbang ke sana kemari di  dalam private jet. Sekejap ke Singapore, Dubai, Abu Dhabi, Hong Kong, London atas urusan perniagaan. Dan juga sekejap-sekejap ke New York dan Cayman Island atas urusan perbankan.

Inilah baru Melayu Glokal…ingat tak siapa yang mula menggunakan ungkapan ini?

Jadi, persoalan patik kepada pembaca budiman semua…kalau beginilah latar-belakang En Wan Emdibi ini, boleh tak pembaca sekelian gambarkan kepada patik, agaknya bagaimana penampilan beliau? Bagaimana pula dengan kasut, jam tangan dan aksesori lain beliau?

Kalau pembaca semua ingin tahu firasat patik…kipidap dengan patik di dalam posting akan datang, akan patik rungkaikan. Make a date with me.
Till next posting ya.

Instagram : wawaidris_imejpatik