Imaan bersama bintang Surga yang Tak di Rindukan 2

16465067_376264512744085_8463795353886392320_n

Happy. Excited. Semua jadi satu sebab Imaan telah menjadi salah satu sponsor kepada tayangan perdana Surga Yang Tak Dirindukan 2 pada hari Selasa, 22 Februari 2017 di Pavilion Kuala Lumpur ajuran ASTRO yeahhhhh. Sesuai sangat tisu Imaan menjadi sponsor kerana cerita ni kan sedih sangat.

IMG_2794

Patik bersama team Imaan

SYTD2 adalah arahan produksi Manoj Punjabi. Filem ini adalah karya penulisan novel terkenal dari Asma Nadia. Sebelum tengok SYTD2 patik sarankan korang semua tengok SYTD1 dulu takdalah macam patik asyik tanya je orang sebelah..

IMG_2898

Tiket SYTD2 boleh buat penanda buku tau

Yang bestnya lagi patik telah di berikan tiket percuma untuk tayangan perdana SYTD2. Patik dapat melihat secara live barisan para pelakon utama dari negeri seberang seperti Feri Nuril, Laudya Cynthia Bella, dan Raline Shah. Kalau korang nak tahu artis tempatan pun ada tau dalam cerita SYTD2, Nora Danish. Untung Nora Danish dapat bekerjasama dengan hero2 handsome dalam cerita tu. Jealous patik …

Malam SYTD2 yang bertemakan putih, yang bersesuaian dengan tajuk cerita tersebut ‘SURGA’  yang tak dirindukan 2, patik membawa team Imaan untuk memeriahkan lagi tayangan perdana tersebut. Ramai betul bidadari cantik yang berpakaian putih datang. Ramai juga artis2 tempatan yang menhadiri tayangan perdana seperti Fatiha, Dafi AF, Asyraff Muslim, Dina, Maria Tengku Sabri, Dato’ Yusuf Haslam dan banyak lagi yang datang tau ! dan tak lupa King Coco selebriti viral pun datang sebagai host pada malam tu.

IMG_2790

Patik bersama ratu viral kita KING COCO

IMG_2911

Heroin SYTD2 Laudya Cynthia Bella sebagai Citra Arini

IMG_2885

Antara artis yang hadir

IMG_2902

Peminat SYTD2  bersama tisu Imaan kite

IMG_2909IMG_2906

untuk SYTD2 patik bagi 8 bintang dari 10 bintang la sebab cerita yang kedua ni tak dapat mengeluarkan air mata patik terlalu banyak. Jadi sesiapa peminat Feri Nuril tu , cepat-cepatlah saksikan SYTD2 di pawagam berhampiran anda.

IMG_2860

sebelum balik patik terpaksa melayan karenah Team Imaan dulu…

 

 

“HOW TO DRESS FOR THE CAMERA” UNTUK PENYAMPAI ASTRO ARENA

 

1

Hhhmmm macam familiar mereka ini semua kan.

17 Disember 2016, patik dijemput sebagai speaker dalam memberi  tips tentang Imej & Personaliti oleh Astro Arena.  Wow bersama barisan selebriti yang rata-rata berpengalaman sebagai penyampai.

 

15492534_1022374104575609_8761827650740491121_n

Objektif utama di mana pihak Astro Arena ingin meningkatkan lagi gaya pemakaian dan personaliti di hadapan kamera

15542218_1022374127908940_5019796638983032719_n

15589688_1022374101242276_8744696166290377584_n

 

 

Selalunya patik mengajar how to dress for the audience, kali ini berbeza, HOW TO DRESS FOR THE CAMERA.

 

Perkongsian ilmu selama satu jam sangat patik hargai. Semoga ilmu yang patik curahkan sedikit sebanyak dapat membantu mereka.