Transformasi Anak Muda Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)

Bertarikh 28 dan 29 November 2016, patik berpeluang buat pertama kali mengendalikan kursus kepada 28 orang Management Trainees di Felda Global Ventures Holdings Berhad.

 

15203365_1003922079754145_7101129300451986194_n

Izinkan patik selfie dulu sebelum membebel..

 

Seperti biasa, topik yang patik bebelkan adalah berkenaan dengan etika berpakaian, etika berkomunikasi, etika pergaulan rakan sekerja dan majikan, dan sedikit tentang jenama diri. Apa yang seronoknya dengan anak muda ni, mereka menumpukan perhatian dengan baik sekali. Malah, mereka tidak lokek untuk menyuarakan idea dan saling bertukar pendapat.

 

15181465_1003987203080966_6435332184396335780_n-1

Tekun ye dengar patik membebel..

Mereka sangat semangat dalam setiap aktiviti yang patik anjurkan. Pastinya wanita suka tingkatkan ilmu kecantikan diri. Yang lelaki pula, dapat tambah ilmu dalam bagaimana untuk tampil lebih kacak bergaya.

 

img_3096-1

Amboi, concentrate betul main make-up..

 

Setelah selesai tugas patik, dimaklumkan bahawa kesemua mereka telah lulus dalam tempoh percubaan dan diserap sebagai pekerja tetap di Felda Global Ventures Holdings Berhad.

 

Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya mengatasi segala cabaran, dan selamat menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

 

 

Transformasi 5 Wanita oleh The Face Shop Malaysia

img_0443-1

Pada 25 September 2016, The Face Shop telah mengadakan satu aktiviti yang sangat menarik di kalangan pengguna dan followers Wawa Idris iaitu Total Makeover. Dimana make up dan sesi fotografi disponsor penuh oleh The Face Shop, manakala baju oleh Sofia Ellen Boutique dan hijab oleh Armany Scraves.

img_0449

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempromosi barangan make up yang baru dikeluarkan oleh The Face Shop dan juga untuk membantu golongan wanita yang kurang keyakinan diri untuk tampil anggun dan memukau. Bukan senang tau nak dapat tawaran Total Makeover yang dianjurkan ni………peserta yang merupakan followers setia patik terpaksa bersaing secara adil dalam laman sosial facebook yang diwar-warkan sendiri oleh patik. Susah juga pada awalnya nak memilih Top 5 kerana terlalu ramai wanita yang ingin mencuba nasib. Dan akhirnya pemilihan dibuat berdasarkan kesungguhan peserta itu sendiri.

img_0446

Setelah selesai didandan dari atas hingga bawah, peserta dikehendaki pose di hadapan abang cameraman dengan penuh keyakinan. Mulanya malu-malu juga, tapi setelah patik bagi sedikit tips bagaimana cara untuk pose nampak slim, yakin dan menawan, peserta akhirnya berani untuk posing ala-ala model Victoria Secret. Sporting betul peserta-peserta yang patik pilih.

Ini antara peserta-peserta yang berjaya dipilih ke Top 5:-

 

img_9850 dsc_0650      1. Nurul Amalina Ghazali

dsc_0724 dsc_0871       2. Norlela Ishak

dsc_0641 dsc_0734       3. Nurul Nadia Musa

dsc_0680 dsc_0813       4. Nurul Makhwa Hashim

dsc_0636 dsc_0691       5. Suerianni Mohd Salleh

 

Nanti patik umumkan pemenang ya.

 

 

 

 

 

VIDEO S.E.X : TEKNIK BINA NETWORKING DALAM MASA 30 SAAT

Siap juga entry patik kali ini berkenaan teknik berkomuniksi.  Saksikan video S.E.X  ini yang mana patik kongsikan teknik bina networking dalam masa 30 saat.

Jom saksikan..

Untuk keterangan lanjut, patik certikan lagi di sini…

1.Smile: Senyum

Mulakan dengan senyuman. Ini adalah perkara pertama dan isyarat tubuh yang paling berkesan jika hendak dibandingkan dengan yang lain. Ia serta merta membuatkan anda 50 kali lebih senang didekati berbanding dengan memek muka yang berkerut dan bermuka masam. Pastikan ia adalah senyuman yang ikhlas dan tidak dibuat buat seperti senyuman yang ada ukirkan semasa anda bersama dengan orang tersayang dan juga ketika anda terbayang tentang memori memori indah. Selain daripada itu, dengan senyuman anda secara tidak langsung memancarkan aura positif dan senyuman juga mengurangkan rasa gementar dan tekanan darah gemuruh anda juga akan turun serta merta. Ini akan membuatkan anda lebih senang bergaul dan berkomunikasi dengan lebih yakin.


2. Eye Contact: Pandangan mata   

Ramai diluar sana sebolehnya mengelakkan untuk bertentangan mata dengan individu individu lain. Namun harus diingati, pandangan mata adalah salah satu aspek penting dalam kita membina rangkaian dan juga penting dalam berkomunikasi. Ketika berkomunikasi, elakkan memandang tepat kepada mata individu tersebut untuk mengelakkan mereka berasa tidak selesa namun cuba untuk menggunakan isyarat mata anda untuk menunjukkan minat anda kepada apa yang sedang disampaikan oleh individu tersebut. Elakkan untuk berfikir hal hal lain seperti melihat telefon bimbit atau melihat waktu seolah olah anda tidak berminat dengan apa yang sedang dibincangkan dan ini juga boleh menunjukkan bahawa anda seorang yang terburu-buru.

3​ . ​eXcitement – Keterujaan

 
Ketika anda menghadiri sesuatu program, berikan 50% energy anda supaya anda nampak lebih berkeyakinan dan aura positif anda akan sampai kepada  individu lain. Semestinya anda akan berasa janggal dengan keadaan ini kerana anda tidak biasa melakukannya di tempat awam yang lain namun ini akan memberi tanggapan pada individu lain bahawa anda seorang yang boleh dipercayaai dan seorang yang berkeyakinan tinggi. Individu yang berkeyakinan tinggi semestinya individu yang mendapat tumpuan.

Bayangkan keseronokan dan semangat anda ketika anda bercerita tentang sesebuah topik yang anda gemari. Bawakan semangat itu bersama anda semasa anda berjumpa dengan kenalan baru dan lihat perubahan rangkaian kenalan anda.

 

Selamat mencuba ya!!

 

Sebak Wawa Idris Kena Gomol dengan Ibu-Ibu dalam Kelas..

Assalamualaikum..

Patik telah dijemput oleh Felcra Berhad untuk melaksanakan kursus selama 2 hari.  Kali ini peserta terdiri daripada pemimpin dan AJK pertubuhan WADIRA seluruh Malaysia.  Kebanyakan mereka adalah wanita yang berusia 3oan sehingga 60an.  Sangat gigih mereke ini menuntut ilmu dikala musim cuti persekolahan ini.. Tinggalkan anak dan cucu semata untuk menuntut ilmu.

Syabas patik ucapkan kepada mereka kerana telah berjaya melengkapkan kursus walaupun hari pertama kelas tamat pada jam 10 malam.  Mereka ini patik anggap seperti ibu patik.  Ada yang sebak semasa mahu mengakhiri kursus.  Best jugak kena gomol dengan ibu-ibu ini 🙂

Saksikan video ringkas sepanjang kursus.

Semoga ilmu bermanfaat.  Terima kasih kepada Tn Hj Zainul Anzaid Bin Hj Seman yang sudi hadir semasa sesi penutupan kursus.  Sebelum patik mengakhiri kursus, kami beramai-ramai menyanyi lagu Gurindam Jiwa.. Sedap suara ibu-ibu ini menyanyi..   Macam ibu patik 🙂 Sedih la jugak ibu-ibu ini..

Ibu-ibu, doakan kejayaan patik ya..

Wawa Idris merupakan jurulatih dan usahawan yang sering mendapat jemputan untuk berkongsi kepakaran beliau dalam membina Professional Branding . Beliau adalah Pengarah Urusan kepada Syarikat Wow Virtue Training & Consultancy Sdn Bhd.  Kepakaran beliau adalah membantu syarikat korporat serta usahawan dalam Personal Branding, teknik berpenampilan, etika professional, komunikasi serta khidmat pelanggan.   Berminat untuk berkolaborasi, sila hubungi 019 3830717.