Happy. Excited. Semua jadi satu sebab Imaan telah menjadi salah satu sponsor kepada tayangan perdana Surga Yang Tak Dirindukan 2 pada hari Selasa, 22 Februari 2017 di Pavilion Kuala Lumpur ajuran ASTRO yeahhhhh. Sesuai sangat tisu Imaan menjadi sponsor kerana cerita ni kan sedih sangat.
Patik bersama team Imaan
SYTD2 adalah arahan produksi Manoj Punjabi. Filem ini adalah karya penulisan novel terkenal dari Asma Nadia. Sebelum tengok SYTD2 patik sarankan korang semua tengok SYTD1 dulu takdalah macam patik asyik tanya je orang sebelah..
Tiket SYTD2 boleh buat penanda buku tau
Yang bestnya lagi patik telah di berikan tiket percuma untuk tayangan perdana SYTD2. Patik dapat melihat secara live barisan para pelakon utama dari negeri seberang seperti Feri Nuril, Laudya Cynthia Bella, dan Raline Shah. Kalau korang nak tahu artis tempatan pun ada tau dalam cerita SYTD2, Nora Danish. Untung Nora Danish dapat bekerjasama dengan hero2 handsome dalam cerita tu. Jealous patik …
Malam SYTD2 yang bertemakan putih, yang bersesuaian dengan tajuk cerita tersebut ‘SURGA’ yang tak dirindukan 2, patik membawa team Imaan untuk memeriahkan lagi tayangan perdana tersebut. Ramai betul bidadari cantik yang berpakaian putih datang. Ramai juga artis2 tempatan yang menhadiri tayangan perdana seperti Fatiha, Dafi AF, Asyraff Muslim, Dina, Maria Tengku Sabri, Dato’ Yusuf Haslam dan banyak lagi yang datang tau ! dan tak lupa King Coco selebriti viral pun datang sebagai host pada malam tu.
Patik bersama ratu viral kita KING COCO
Heroin SYTD2 Laudya Cynthia Bella sebagai Citra Arini
Antara artis yang hadir
Peminat SYTD2 bersama tisu Imaan kite
untuk SYTD2 patik bagi 8 bintang dari 10 bintang la sebab cerita yang kedua ni tak dapat mengeluarkan air mata patik terlalu banyak. Jadi sesiapa peminat Feri Nuril tu , cepat-cepatlah saksikan SYTD2 di pawagam berhampiran anda.
sebelum balik patik terpaksa melayan karenah Team Imaan dulu…