Salaam semua dari patik,
Beberapa hari ini kita sibuk melihat kempen KeBERSIHan yang dilakukan dibeberapa buah bandar besar termasuk Kuala Lumpur. Patik tidaklah mengambil bahagian tapi patik dengar ramai yang hadir.
Bagi patik, patik lebih suka menghabiskan masa patik yang berharga ini dengan memulakan kempen keBERSIHan di teratak patik sendiri. Habis patik spring-cleankan. Puas hati dan sedap mata patik memandang. Dan banyak juga ‘harta-harta’ patik yang hilang patik jumpai semula di bawah-bawah katil, celah-celah gerobok dan di dalam lipatan-lipatan kain.
Patik juga sempat melapangkan masa untuk ‘bonding’ bersama-sama puteri tunggal kesayangan patik membeli belah, makan ice-cream dan wefie di NU Sentral semalam serta menghadiri majlis harijadi anak kenalan patik. Rasa seronok yang tak terhingga dan terasa seperti masa terlalu cepat berlalu. Thanks IHM for making our day.
Melihat ramai kelibat orang kuning di NU Sentral semalam, ianya telah menarik perhatiaan puteri patik “Mommy, why there are so many people in yellow?” Jawapan spontan patik “Owhh they are having sports day” Tak perlulah patik nak mengotorkan minda sikecil ini.
Melihat kepada kehadiran besar di kempen keBERSIHan itu, tentu ramai yang mengaku ianya berjaya. Pada hemat patik, KPI bagi mengukur kejayaan sesuatu kempen itu ialah – telah berlakukah tindakan dan perubahan menurut apa yang dimahukan oleh kempen itu. Sekiranya kita hanya berterusan melakukan kempen demi kempen sehingga orangramai dan peniaga terjejas namun KPInya masih sifar, maka eloklah kita melihat cara pendekatan lain pula.
Begitu juga sekiranya kita ni asik berkempen mahukan orang lain mengamalkan keBERSIHan, adakah kita telah melihat kepada diri kita samada kita ini sendiri sudah mengamalkan keBERSIHan. Jika tidak patik takut nanti kita sekadar berkokok riuh sekampung tapi ekor bergelumang najis.
Patik sendiri amat menitik beratkan soal keBERSIHan di dalam menjaga imej diri. Maklumlah imej konsultan. Salah satu aspek penting di dalam menjaga imej atau keterampilan diri ialah “self-grooming”.
Self grooming meliputi penjagaan kulit muka, penjagaan dan pendadanan rambut dan body hygiene. Kita tidak akan dapat mencapai keterampilan diri yang sempurna sekiranya kita mengabaikan 3 aspek self grooming itu.
Apa gunanya berpakaian bagaikan diva tetapi kulit kita kusam, rambut serabai ala-ala Kak Limah dan badan berbau bak aBangla pulang petang.
Inilah yang dikatakan keBERSIHAn. ianya bermaksud, bersih dari segi tiadanya kekotoran, tiadanya bauan yang kurang senang dan bersih dari segi rasa.
Umpamanya sekiranya kita memakai 2-piece suit ke pejabat, dan kita pula bekerja di dalam pejabat berhawa dingin, suit itu hanya perlu di dry clean apabila terdapat kotoran ketara padanya atau setelah dipakai beberapa kali. Jangan lupa, sekiranya suit top di dry clean, pants atau skirtnya juga wajib di dry clean. Jangan pula top di dry clean, pants di machine wash. Alamatlah nanti setelah beberapa kali, topnya masih kekal warna dan fabrik, pantasnya sudah pudar warna dan fabrik.
Begitu juga didalam penjagaan kebersihan kaki dan kasut kita. Seeloknya kita mempunyai lebih dari dua pasang kasut untuk dipakai kepejabat. Dan kasut-kasut ini digilir-gilirkan pemakaiannya supaya mereka dapat berehat dan diudarakan supaya tidak mengeluarkan bau yang kurang senang pada kaki kita. Kasut pula akan sentiasa kelihatan fresh.
Berkenaan penjagaan kulit pula, aspek yang penting yang perlu dititikberatkan oleh kaum hawa dan adam ialah berkenaan bulu-bulu muka atau tubuh pada muka dan badan kita. Patik suka nak berkongsi satu cerita dari seorang sahabat lelaki patik yang pernah pergi ke China untuk urusan perniagaan.
Adalah menjadi amalan mereka di China untuk meraikan rakan-rakan perniagaan dengan membelanja mereka makan, minum dan berkaraoke. Dipendekan cerita, setelah dibelanja makan malam 8-course, maka rakan patik ini pun di bawa kesebuah pusat karaoke terbesar di bandaraya di China tersebut. Rakaniaga dari China telah memilihkan seorang Pegawai Khidmat Pelanggan (bahasa mudahnya GRO) yang paling cantik untuk beliau. Malam itu GRO itu telah memakai short sleeve blouse dan skirt bewarna merah yang memang cantik.
Malangnya tidak sempat pun duduk 10 minit bersama GRO hot China ini, sahabat patik ini telah lari meninggalkan tempat itu. Apabila ditanya kenapa beliau pergi sedangkan beliau diberikan GRO yang paling anggun dan top, beliau berkata apabila si GRO itu mengangkat tangannya untuk memeluk beliau, beliau telah terlihat bulu ketiak si GRO yang lebih semak dan panjang dari lalang dibelakang rumah beliau! Haru sungguh.
Nasihat patik, jangan abaikan bulu tubuh kita, walau ia tumbuh di bawah lengan sekalipun. Owhh ya, sekadar perkongsian, patik sendiri telah menjalani laser hair removal di saloon sahabat patik Yaya Mohamad iaitu MBH SPA.
Akhir kalam, memang mengamalkan kebersihan diri, rumah dan persekitaran kita itu penting. Jangan kita persia-siakan. Melihat kepada puteri patik yang masih dibangku sekolah rendah, yang perjalanan hidupnya masih jauh, patik memang mengharapkan yang negara kita ini akan sentiasa bersih, aman dan sentosa seperti yang pernah patik nikmati sewaktu kecil sehingga kini. Supaya kelak nanti beliau akan menjalani hidup yang aman, damai dan sentosa.
Aman dan sejahteralah negara patik bernama Malaysia ini. Dan sempena tanggal tigapuluh satu bulan lapan ini, patik laungkan MERDEKA.
Salaam dari imejpatik.