Leadership Training with Aromah Team

Event Space Bandar Baru Bangi, 4 March 2017

Kali ini patik berkongsi pentas bersama Nash Idrus. Berlainan tajuk, tetapi kami semua memberi ilmu yang sangat bermanfaat kepada peserta.

Kami bercakap tentang pengurusan masa, cara efektif untuk mempromosikan produk, and not just that, to make sure they signed contract with us! Wow!! Not to forget from me, patik membincangkan tentang diamond branding for business success!

2

3

Haa nampak tu, bersungguh sungguh patik bercakap di depan. Semua peserta pula sangat concentrate on the topic ! Berminat betul ye nak dengar cara supaya business kita tu berjaya?

4

So.. As usual, patik akan selitkan dengan aktiviti-aktiviti menarik yang melibatkan interaksi antara peserta. Kalau asyik bercakap je, nanti semua lena dibuai mimpi umpama patik tengah ber-story tellling pula.

Selfie bersama Nazril Idrus

Selfie bersama Nazril Idrus

Okay.. Training dah habis, patik pun selfie la dengan the famous pengusaha di Malaysia, and kalau yang taktahu dia ni la peserta pertama in Malaysia yang joined Apprentice Asia. Kalau tak kenal Nazril Idrus, maybe because you known him as Nash. Kan….? ☺

1

So session dah habis, patik bergambar pula dengan peserta-peserta yang hadir pada hari tersebut. Semua nampak happy dan berpuas hati dengan training for that day. Patik pun seronok tengok semua orang dapat kongsikan pengalaman masing-masing.

Jumpa lagi ye, Aromah Team ! Terima kasih kerana sudi menjemput patik untuk berkongsi ilmu.

Transformasi Anak Muda Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)

Bertarikh 28 dan 29 November 2016, patik berpeluang buat pertama kali mengendalikan kursus kepada 28 orang Management Trainees di Felda Global Ventures Holdings Berhad.

 

15203365_1003922079754145_7101129300451986194_n

Izinkan patik selfie dulu sebelum membebel..

 

Seperti biasa, topik yang patik bebelkan adalah berkenaan dengan etika berpakaian, etika berkomunikasi, etika pergaulan rakan sekerja dan majikan, dan sedikit tentang jenama diri. Apa yang seronoknya dengan anak muda ni, mereka menumpukan perhatian dengan baik sekali. Malah, mereka tidak lokek untuk menyuarakan idea dan saling bertukar pendapat.

 

15181465_1003987203080966_6435332184396335780_n-1

Tekun ye dengar patik membebel..

Mereka sangat semangat dalam setiap aktiviti yang patik anjurkan. Pastinya wanita suka tingkatkan ilmu kecantikan diri. Yang lelaki pula, dapat tambah ilmu dalam bagaimana untuk tampil lebih kacak bergaya.

 

img_3096-1

Amboi, concentrate betul main make-up..

 

Setelah selesai tugas patik, dimaklumkan bahawa kesemua mereka telah lulus dalam tempoh percubaan dan diserap sebagai pekerja tetap di Felda Global Ventures Holdings Berhad.

 

Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya mengatasi segala cabaran, dan selamat menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

 

 

Filem Redha buat Ramai yang Menangis//

Betul ke filem Redha buat ramai yang menangis.  Anda patut tonton sendiri..

Baru-baru ini bertempat di TGV, KLCC patik dan sahabat meluangkan masa memenuhi undangan Kudsia Kahar untuk menonton filem Redha.  Para pelakon yang membintangi filem ini juga turut sama. Filem Redha arahan Tunku Mona Riza telah menemui penonton di pawagam bermula 14 April.

Kami yang beri sokongan filem Redha

Kami yang beri sokongan filem Redha

Rumusan dan pemerhatan patik:-

i. Selama ini patik kurang arif tentang penyakit Autisme.  Rupanya Autisme merupakan masalah gangguan otak yang membatasi kemampuan penghidap tersebut dalam aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

Eh dapat free pop corn & air

Eh dapat free pop corn & air

ii. Filem inspirasi dari kisah benar itu menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme.  Mengisahkan tentang pasangan suami isteri memiliki seorang anak autistik yang bernama Danial.  Pandai betul kanak-kanka ni berlakon. Perasaan sayang Razlan terhadap anaknya itu semakin lama bertukar benci apabila mendapat tahu anaknya itu menghidap penyakit autism. Kita dapat lihat di penghabisan cerita keadaan kanak-kanak sebenar adalah seorang budak berketurunan Cina bersama bapanya. Sedih..

iii. Turut dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester. Tapi Remy Ishak tak dapat turut serta untuk program ini.

Sahabat luar biasa

Sahabat luar biasa

Terasa insaf di hati ini kerana dapat dilahirkan sempurna dan memperolehi zuriat yang sihat.  Tidak mahu sesekali memeberi label negatif kepada kanak-kanak yang nampak nakal, tidak duduk diam, tidak mendengar kata dan perlahan dalam pembelajaran.  Kerana golongan ini tidak seperti kita, mereka mungkin mengidap autsime.  Ya allah lindungi mereka.. Amin..

Tahniah kepada Kudsia & Co atas inisiatif beliau dan rakan-rakan.

TAJUK : REDHA
Tarikh Tayangan : 14 April 2016
Genre : Drama, Keluarga
Pengarah : Tunku Mona Riza
Pelakon : Nam Ron, Harith Haziq, June Lojong, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Susan Lankester
Terbitan :  Current Pictures Sdn Bhd
Kudsia & Co memberi sumbangan RM3000 kepada persatuan.

Kudsia & Co memberi sumbangan RM3000 kepada persatuan.

Terima kasih Kudsia & Co

Terima kasih Kudsia & Co

 Wawa Idris merupakan jurulatih dan usahawan yang sering mendapat jemputan untuk berkongsi kepakaran beliau dalam membina Profesional Branding. Beliau adalah Pengarah Urusan kepada Syarikat Wow Virtue Training & Consultancy Sdn Bhd.  Kepakaran beliau dalam membantu syarikat korporat serta usahawan dalam Personal Branding, teknik berpenampilan, etika profesional, komunikasi serta kidmat pelanggan.  Berminat untuk berkolabarsi bersama beliau,                                          sila hubungi 019 3830717
 

Pakai towel pun menarik..

As salaam dari patik,

Minggu lepas merupakan minggu yang amat sibuk buat patik, maklumlah minggu terakhir Syawal. Maka banyaklah last minute open house yang perlu dihadiri.

Nampaknya kesibukan patik akan berterusan minggu ini dan minggu akan datang. Maklumlah, selepas sebulan berpuasa, sebulan juga berhari raya, masa dah tiba untuk patik bekerja dan mencari seberapa banyak suap nasi pula.

Dalam kesibukkan patik yang tiada berpenghujung ini, sempat juga patik melayari laman laman web dan online news untuk mengisi ruang otak yang masih banyak vacancy ini untuk dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang bermanafaat.

Ada beberapa berita dan article yang amat menarik perhatian patik. Tapi, sorry kerana menghampakan, hanya satu berita dan satu article saja yang akan patik sentuh di sini kerana satu berita lagi terlalu x-rated untuk patik masukkan di dalam blog ini. Maklumlah, Imejpatik ni rated U. Bukan 18SX ya.

Berita yang satu tu bertajuk “Pasangan Berpisah Kerana Isteri Gila Berfutsal”.  (Harian Metro). Boleh gitu? Apa sudah jadi dengan dunia kita ni? Kalau zaman bonda dan ayahanda patik dulu, ini semua tak pernah pun kedengaran. Ialah, zaman tu futsal pun takda. Sekarang ni bukan sebab futsal saja, sebab salah letak ubat gigi di bilik mandi pun boleh menyebabkan perceraian.

Menurut ceritanya, si suami ni tidak tahan dengan sikap isterinya yang sering meninggalkan beliau di rumah oleh kerana si isteri suka sangat keluar bermain futsal dengan kawan- kawan lain. Ialah, si isteri pun kalau nak main futsal kenalah pergi ke gelanggang futsal. Takkan nak main futsal di rumah? Mana muat nak letak gelanggang futsal di rumah.

Beralih kepada Article yang satu yang patik baca pula bertajuk “7 perkara aneh dilakukan wanita yang amat menarik perhatian lelaki”. Maksudnya, kalau kaum wanita ingin menarik perhatian lelaki, lakukanlah 7 perkara aneh ini. (Sebenarnya bukan aneh sangat pun, yang anehnya ialah kaum lelaki boleh tertarik dan merasakan wanita itu sexy kalau melakukan perkara-perkara simple ini).

Apa dia 7 perkara yang dilakukan wanita yang nampak sexy dan menarik di mata lelaki tu…
1) Pakai cermin mata. So tak perlu lagi kita ni tercari-cari tinted contact lense buatan Korea tu ya.

Sexy (sumber: google)

Sexy (sumber: google)

2) Loghat. Bukan loghat as in perangai ya. Loghat as in dialect kita masa bercakap. e.g. loghat Kelate, loghat Nogori, loghat Ganu etc. Itulah sebabnya lelaki-lelaki di KL ni suka pada Mek Kelate agaknya.

3) Lilitan towel di kepala selepas mandi atau membasuh rambut. Ala-ala memakai turban gitu. Now you know why I went into the turban business 🙂

Ooopps tersilap foto (sumber : google)

Ooopps tersilap foto (sumber : google)

4) Sewaktu wanita sedang mengenakan make-up. Nampaknya, kaum lelaki nampak kita lebih sexy sewaktu sedang bermake-up dan bukannya apabila kita telah mengenakan make-up.

5) Sewaktu wanita sedang bersenam dan exercise. So, untuk si suami yang tidak suka isterinya berfutsal di atas tadi, anda silap. Anda sepatutnya mendapati isteri anda lebih sexy dan menarik sebab dia suka ber-exercise.  Anyway, patik sanggup berlapar rather than exercise in order to get my ideal weight 🙂

Cantiknya dia bersenam. (sumber: google)

Cantiknya dia bersenam. (sumber: google)

6) Wanita memakai celorong celoreng pada pakaian, seluar, beg tangan dan sebagainya. Rupanya lelaki suka wanita yang yang dekat pada nature dan seperti hutan bergerak. Kenapa pula tu?

 

Eh. kembar patik  :-) (sumber google)

Eh. kembar patik 🙂 (sumber google)

7) Wanita yang memakai baju pasangan lelakinya. Yang ni patik suka.  Info lanjut boleh dibaca di wnmlife.com.

Inilah saja yang dapat patik kongsikan di dalam kesibukkan patik sekarang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa kaitan berita pertama dengan article diatas ini. Pada pendapat patik, pasangan tersebut masih boleh diselamatkan. If you can’t beat her, join her. Mulalah bermain futsal dengan siisteri, perhatikan beliau sewaktu beliau sedang bermain futsal tu, atau sewaktu beliau melilitkan towelnya di rambut basah beliau, boleh juga belikan beliau sepasang t-shirt atau seluar loreng. Atau paling tidak, berikanlah si isteri mengenakan kemeja tuan…mana tau, ‘sparks will fly’ dan you will find each other attractive again.

Till my next posting, salaam dari Imejpatik.

Gempak Raya Jakel 2015

Assalamualaikum dan salam WOW dari patik.

Selepas waktu pejabat patik sempat singgah ke Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Jakel di Wisma Jakel, Kuala Lumpur.  Patik tiba sekitar pukul 6 petang, Walaupun crowd agak kurang pada waktu tersebut,  namun masih terdapat beberapa orang rakan selebriti dan VIPs.

Jamuan Raya kali ini bertema Gempak Raya Jakel menyasarkan kehadiran seramai 15,000 orang.  Wow memang gempak.  Patik masih ingat tahun lepas, patik menerima undangan Jamuan Raya di kediaman pemilik Jakel ini di Ampang, namun tahun ini sambutan yang lebih hebat di bangunan baru. Tahniah Jakel.

Makanan sedap-sedap, tapi patik taklah makan sangat, kerana leka berbual dan berselfie dengan rakan dan taulan, actually on diet 🙂 .

Patik sangat impressed dengan pasangan Bumiputra Datuk Mohamed Faroz dan Datin Farah Philip yang telah berjaya meluaskan empayar mereka.  Terkini patik dimaklumkan Jakel telah melibatkan diri dalam bidang hartanah di bawah syarikat Jakel Development Sdn Bhd.  Projek pertama mereka terletak di Cheras, Kuala Lumpur iaitu J.Dupion telah hampir 70% telah terjual .  Tahukah anda Dupion adalah nama fabrik sutera.  Kreatif juga mereka ini.  Kain sememangnya tidak dapat dipisahkan 🙂

Apa hubungan patik dengan Jakel ini?  Of course, Patik tiada hubungan saudara 🙂 Namun patik pernah dilantik sebagai konsultan untuk melatih pekerja jenama tudung milik Jakel iaitu Ariani dari aspek Customer Service & Grooming- Bengkel Persona Ariani.  Patik sertakan link video di You Tube PERSONA ARIANI untuk tontonan pembaca blog patik.

Sebelum pulang, patik sempat singgah di butik Ariani Ready To Wear.  Koleksi blouse, jubah, jaket dan seluar yang elegan boleh juga di dapati secara online di Ariani Online.

Akhir sekali patik kongsikan beberapa gambar untuk tontonan pembaca .

p/s : Tidak sempat menukar baju, patik datang dengan baju kerja. Nasib baik memang ada di dalam dress code majlis.

Berkesempatan ketemu Datuk Siti Nurhaliza

Berkesempatan ketemu Datuk Siti Nurhaliza

 

IMG20150813191238

Si ayu Datin Farah Philip-antara tulang belakang Jakel

Photo Booth

Blouse lama trending semula

Beberapa hari yang Lepas patik ada membuat posting berkenaan Kabinet Baru. Di dalamnya patik ada mengatakan “patik juga nampak yang beliau ada memasukkan kembali sehelai blouse lama yang telah dikeluarkan dulu…..manalah tahu fesyen lama itu akan kembali trending”.

Yes! ramalan patik benar belaka. Blouse lama telah trending semula. Tak faham ye? Sila baca Kabinet Baru. Baca disini.

Lihatlah saja di majlis-majlis rumah terbuka raya sehari dua ni, baju-baju kurung dan blouse lama dari tahun-tahun lepas mula dipakai semula ke majlis-majlis tersebut. Mana tidaknya, baju raya tahun ni samada dah dihantar dry cleaning belum diambil semula. Atau disebabkan terbeli baju raya saiz ‘bulan ramadhan’ dan kita pula dah masuk dua minggu Syawal. Jadi badan kita pun dah kembali ke saiz asal. Ketatlah pulak baju raya tu. Mau tidak mau, recycle saja lah baju dan blouse lama tu.  Patik sendiri memakai kembali koleksi bjau-baju 10 tahun ynag lepas ke majlis rumah-rumah terbuka.

Untitled

Koleksi baju patik 3 tahun lepas.

Untitled1

Recycle baju patik 10 tahun yang lalu

Senang nak jadi trending bukan?

Bercakap berkenaan blouse lama ni, kali ini patik teringat pula kepada seorang lagi nama besar dari Johor. Bukan patik nak bercerita berkenaan Tan Sri Zeti lagi…cukuplah beliau saja yang patik labelkan “Lembut mu cukup jantan”. Baca sini. Tapi patik rasakan mungkin label ini juga tepat kepada nama besar yang seorang lagi ni.

Baru-baru ini nama Dato’ Seri Azalina Othman Said trending di dalam media. Sporting nya beliau, sehinggakan beliau boleh rapping bersama-sama Joe Flizzow di atas pentas. Kalau nak menarik minat orang muda, seharusnyalah mengikut rentak mereka. Hip-hop kan. Hhmm mungkin..

Apa pun patik tidak berminat untuk bercerita isu-isu viral tersebut. Apa yang patik mahu bercerita berkenaan beliau ialah “ personality style” beliau. Di dalam ilmu personal styling yang patik menuntut sampai ke England tu, patik boleh bahagikan jenis personaliti individu kepada 4 kategori utama dan antaranya adalah personaliti Natural atau Sporty. Beliau ini boleh patik kategorikan kepada seorang yang mempunyai personaliti Natural.

 

Apakah ciri-ciri beliau yang menyebabkan patik katakan beliau ini seorang natural?

  1. Tidak gemar dengan solekan. Kalau bersolek pun, mungkin hanya sekadar bedak dan lip balm Patik ada perasan beliau mungkin terpaksa bersolek semasa profil photoshoot sahaja, macam gambar di bawah. Wah nampak lebih muda, segar dan bertenaga jika bersolek kan.

 

3

(Gambar: Google)

4

Lebih selesa tanpa solekan dan gaya ringkas.

(Gambar: Google)

  1. Gemar kepada warna-warna yang gelap dan natural seperti hitam, putih, cream, kelabu, navy blue, brown.
  2. Lebih cenderung memakai sesuatu yang beri keselesaan seperti pakaian daripada fabrik kapas, menyarung sandal/flat shoe/sports shoes di kaki (kurang suka bertumit tinggi)
  3. Gaya rambut yang sangat simple, which do not require high maintenance.

 

Dan ada banyak lagi ciri-cirinya.. Mengikut observation patik sangat ramai golongan wanita dan lelaki yang berpesonaliti Natural ini.

Jika pembaca nak tahu lebih lanjut boleh menyertai kursus / bengkel anjuran patik. Terdapat sesi analisa personaliti yang bakal mendedahkan tabiat dan kecenderungan gaya/stail seseorang berpandukan gayahidup, kerjaya dan taste dalam berpakaian. Terdapat kelebihan dan kekurangan yang perlu kita tahu.

Perlu ambil tahu ke? Yes! kerana setelah kita mengenali personaliti diri, barulah kita boleh membuat adjustment kepada koleksi pakaian sediaada seterusnya memberi kita clue pakaian yang patut kita beli selepas ini mengikut sasaran kerjaya dan potensi diri kita.

Sebelum patik akhiri kalam kali ini, patik ucapkan tahniah kepada beliau yang dilantik sebagai Menteri di JPM. Ianya bukan suatu tugas yang mudah (patik sendiri tak berminat nak menjadi Ahli Politik, tambah pening kepala patik saja).

Kalau patik diberikan tanggungjawab tersebut, patik hanya tau buat satu perkara sahaja…iaitu menasihatkan kesemua ahli parlimen untuk memperbaiki their “Image ABC”atau dalam bahasa Malaysia “Imej 3K”

 

Kalau nak tau apa itu “Image ABC”…carilah patik ya..

Till next posting.

5

Farah Fauzana antara selebriti yang sering tampil natural. Sukakan denim.

(Sumber:google)

lisa-surihani-ROTIKAYA

Si natural; Lisa Surihani seorang yang simple di luar set. She looks very comfortable in her own skin.(Sumber:google)

jr

Kebanyakan personaliti natural nampak lebih mesra seperti si manis Julia Roberts

P/s: Patik sendiri mempunyai personaliti Classic Elegant & Dramatic.

 

Kabinet baru

Bismillahirrahmannirrahim…

Alhamdulillah, sampai kita ke pertengahan bulan Shawal. Hari baik bulan baik. Sebelum terlambat, patik mohon maaf zahir dan batin dari semua.

Baru-baru ini, sewaktu patik sedang menyampaikan latihan Empowerment of Corporate Grooming kepada pegawai-pegawai dari sebuah bank di ibukota, patik dikejutkan oleh satu berita berkenaan seseorang yang telah menukar Kabinet pakaian lama beliau dengan Kabinet yang baru.

Yelah, terperanjat juga, kerana selalunya orang akan menukar baju, perabot malah kereta baru sebelum hari raya. Tapi beliau ni menukar Kabinet beliau selepas hari raya.  Gempar satu Malaya..

Kalau ditanya kepada patik sebagai seorang imej konsultant, “salah ke?” Jawab patik, “tentunya tidak”. Beliau berhak menukar kabinet beliau pada bila-bila masa. Terutama sekali sekiranya beliau mahu menukar keterampilan, gaya dan stail beliau untuk tampak lebih professional, berintegriti, diyakini dan beramanah.

Sekiranya sesuatu pakaian yang ada di dalam kabinet itu tidak lagi dapat menonjolkan keterampilan yang serasi dan agak janggal untuk dikekalkan, maka bolehlah dikeluarkan dan digantikan dengan pakaian yang lebih serasi dan bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat. Atau dalam bahasa patik sebagai imej konsultan Time, Occasion and Place (TOP).

Pada masa-masa yang agak rumit dan juga dalam keadaan yang agak tidak keruan ini, mungkin beliau merasakan ada baiknya untuk melihat kembali di dalam kabinet pakaian beliau dan pastikan hanya pakaian yang menepati TOP sahaja yang beliau kekalkan. Adalah baik juga jika beliau masukkan koleksi pakaian baru agar lebih ceria dan bersemangat.

Patik rasa mesti ada di dalam kabinet lama beliau tersebut, pakaian yang agak sentimental dan ‘lama berjasa’ yang kini boleh dijadikan pakaian teras untuk disesuaikan untuk apa jua tujuan. Pakaian begini selalunya perlulah dari warna yang versatile, kontemporari dan selesa untuk selalu dipakai. Syukurlah beliau mempunyai sepersalinan pakaian yang sebegitu.

Adalah perlu juga di dalam kabinet pakaian beliau koleksi pakaian yang boleh di ‘mix and match’ serta memiliki stail, gaya, fesyen, warna, corak dan fabrik berkualiti supaya beliau boleh sentiasa mengharapkan kepada pakaian-pakaian ini untuk menonjolkan keterampilan yang beliau harapkan di masa-masa yang diperlukan.

Patik juga nampak yang beliau ada memasukkan kembali sehelai blouse lama yang telah dikeluarkan dulu. Hebat juga. Kerana kita harus ingat bahawa fesyen memang sentiasa boleh di recycle. Manalah tau fesyen lama itu akan kembali  trending.

Akhir kalam, patik ingin mengucapkan tahniah kepada beliau yang telah mengambil langkah berani untuk mendapatkan kabinet baru di saat-saat yang mencabar dan penuh dugaan ini. Semoga pakaian-pakaian yang beliau pilih untuk diletak di dalam kabinet baru ini akan dapat memberikan imej baru bagi beliau untuk berketerampilan lebih professional, berintegriti, diyakini dan beramanah di mata publik.

Jangan lupa, koleksi pakaian yang tidak diperlukan lagi  janganlah terus dibuang dan tidak dihargai, manalah tahu akan diperlukan semula nanti.  Atau boleh menjadi koleksi vintage yang tidak ternilai harganya dikemudian hari.  Itulah cerita patik berkenaan ‘Ghobok Pakaian’

Faham ke.. Nak baca blog patik ini tak perlu tahap intelektual yang tinggi mana pun.. Peace No War..

Jumpa patik di Instagram : Wawaidris_ImejPatik

Till next posting…

Screenshot_2015-07-31-09-47-30-978