Imaan bersama bintang Surga yang Tak di Rindukan 2

16465067_376264512744085_8463795353886392320_n

Happy. Excited. Semua jadi satu sebab Imaan telah menjadi salah satu sponsor kepada tayangan perdana Surga Yang Tak Dirindukan 2 pada hari Selasa, 22 Februari 2017 di Pavilion Kuala Lumpur ajuran ASTRO yeahhhhh. Sesuai sangat tisu Imaan menjadi sponsor kerana cerita ni kan sedih sangat.

IMG_2794

Patik bersama team Imaan

SYTD2 adalah arahan produksi Manoj Punjabi. Filem ini adalah karya penulisan novel terkenal dari Asma Nadia. Sebelum tengok SYTD2 patik sarankan korang semua tengok SYTD1 dulu takdalah macam patik asyik tanya je orang sebelah..

IMG_2898

Tiket SYTD2 boleh buat penanda buku tau

Yang bestnya lagi patik telah di berikan tiket percuma untuk tayangan perdana SYTD2. Patik dapat melihat secara live barisan para pelakon utama dari negeri seberang seperti Feri Nuril, Laudya Cynthia Bella, dan Raline Shah. Kalau korang nak tahu artis tempatan pun ada tau dalam cerita SYTD2, Nora Danish. Untung Nora Danish dapat bekerjasama dengan hero2 handsome dalam cerita tu. Jealous patik …

Malam SYTD2 yang bertemakan putih, yang bersesuaian dengan tajuk cerita tersebut ‘SURGA’  yang tak dirindukan 2, patik membawa team Imaan untuk memeriahkan lagi tayangan perdana tersebut. Ramai betul bidadari cantik yang berpakaian putih datang. Ramai juga artis2 tempatan yang menhadiri tayangan perdana seperti Fatiha, Dafi AF, Asyraff Muslim, Dina, Maria Tengku Sabri, Dato’ Yusuf Haslam dan banyak lagi yang datang tau ! dan tak lupa King Coco selebriti viral pun datang sebagai host pada malam tu.

IMG_2790

Patik bersama ratu viral kita KING COCO

IMG_2911

Heroin SYTD2 Laudya Cynthia Bella sebagai Citra Arini

IMG_2885

Antara artis yang hadir

IMG_2902

Peminat SYTD2  bersama tisu Imaan kite

IMG_2909IMG_2906

untuk SYTD2 patik bagi 8 bintang dari 10 bintang la sebab cerita yang kedua ni tak dapat mengeluarkan air mata patik terlalu banyak. Jadi sesiapa peminat Feri Nuril tu , cepat-cepatlah saksikan SYTD2 di pawagam berhampiran anda.

IMG_2860

sebelum balik patik terpaksa melayan karenah Team Imaan dulu…

 

 

Leadership Training with Aromah Team

Event Space Bandar Baru Bangi, 4 March 2017

Kali ini patik berkongsi pentas bersama Nash Idrus. Berlainan tajuk, tetapi kami semua memberi ilmu yang sangat bermanfaat kepada peserta.

Kami bercakap tentang pengurusan masa, cara efektif untuk mempromosikan produk, and not just that, to make sure they signed contract with us! Wow!! Not to forget from me, patik membincangkan tentang diamond branding for business success!

2

3

Haa nampak tu, bersungguh sungguh patik bercakap di depan. Semua peserta pula sangat concentrate on the topic ! Berminat betul ye nak dengar cara supaya business kita tu berjaya?

4

So.. As usual, patik akan selitkan dengan aktiviti-aktiviti menarik yang melibatkan interaksi antara peserta. Kalau asyik bercakap je, nanti semua lena dibuai mimpi umpama patik tengah ber-story tellling pula.

Selfie bersama Nazril Idrus

Selfie bersama Nazril Idrus

Okay.. Training dah habis, patik pun selfie la dengan the famous pengusaha di Malaysia, and kalau yang taktahu dia ni la peserta pertama in Malaysia yang joined Apprentice Asia. Kalau tak kenal Nazril Idrus, maybe because you known him as Nash. Kan….? ☺

1

So session dah habis, patik bergambar pula dengan peserta-peserta yang hadir pada hari tersebut. Semua nampak happy dan berpuas hati dengan training for that day. Patik pun seronok tengok semua orang dapat kongsikan pengalaman masing-masing.

Jumpa lagi ye, Aromah Team ! Terima kasih kerana sudi menjemput patik untuk berkongsi ilmu.

Transformasi Anak Muda Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)

Bertarikh 28 dan 29 November 2016, patik berpeluang buat pertama kali mengendalikan kursus kepada 28 orang Management Trainees di Felda Global Ventures Holdings Berhad.

 

15203365_1003922079754145_7101129300451986194_n

Izinkan patik selfie dulu sebelum membebel..

 

Seperti biasa, topik yang patik bebelkan adalah berkenaan dengan etika berpakaian, etika berkomunikasi, etika pergaulan rakan sekerja dan majikan, dan sedikit tentang jenama diri. Apa yang seronoknya dengan anak muda ni, mereka menumpukan perhatian dengan baik sekali. Malah, mereka tidak lokek untuk menyuarakan idea dan saling bertukar pendapat.

 

15181465_1003987203080966_6435332184396335780_n-1

Tekun ye dengar patik membebel..

Mereka sangat semangat dalam setiap aktiviti yang patik anjurkan. Pastinya wanita suka tingkatkan ilmu kecantikan diri. Yang lelaki pula, dapat tambah ilmu dalam bagaimana untuk tampil lebih kacak bergaya.

 

img_3096-1

Amboi, concentrate betul main make-up..

 

Setelah selesai tugas patik, dimaklumkan bahawa kesemua mereka telah lulus dalam tempoh percubaan dan diserap sebagai pekerja tetap di Felda Global Ventures Holdings Berhad.

 

Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya mengatasi segala cabaran, dan selamat menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

 

 

VIDEO S.E.X : TEKNIK BINA NETWORKING DALAM MASA 30 SAAT

Siap juga entry patik kali ini berkenaan teknik berkomuniksi.  Saksikan video S.E.X  ini yang mana patik kongsikan teknik bina networking dalam masa 30 saat.

Jom saksikan..

Untuk keterangan lanjut, patik certikan lagi di sini…

1.Smile: Senyum

Mulakan dengan senyuman. Ini adalah perkara pertama dan isyarat tubuh yang paling berkesan jika hendak dibandingkan dengan yang lain. Ia serta merta membuatkan anda 50 kali lebih senang didekati berbanding dengan memek muka yang berkerut dan bermuka masam. Pastikan ia adalah senyuman yang ikhlas dan tidak dibuat buat seperti senyuman yang ada ukirkan semasa anda bersama dengan orang tersayang dan juga ketika anda terbayang tentang memori memori indah. Selain daripada itu, dengan senyuman anda secara tidak langsung memancarkan aura positif dan senyuman juga mengurangkan rasa gementar dan tekanan darah gemuruh anda juga akan turun serta merta. Ini akan membuatkan anda lebih senang bergaul dan berkomunikasi dengan lebih yakin.


2. Eye Contact: Pandangan mata   

Ramai diluar sana sebolehnya mengelakkan untuk bertentangan mata dengan individu individu lain. Namun harus diingati, pandangan mata adalah salah satu aspek penting dalam kita membina rangkaian dan juga penting dalam berkomunikasi. Ketika berkomunikasi, elakkan memandang tepat kepada mata individu tersebut untuk mengelakkan mereka berasa tidak selesa namun cuba untuk menggunakan isyarat mata anda untuk menunjukkan minat anda kepada apa yang sedang disampaikan oleh individu tersebut. Elakkan untuk berfikir hal hal lain seperti melihat telefon bimbit atau melihat waktu seolah olah anda tidak berminat dengan apa yang sedang dibincangkan dan ini juga boleh menunjukkan bahawa anda seorang yang terburu-buru.

3​ . ​eXcitement – Keterujaan

 
Ketika anda menghadiri sesuatu program, berikan 50% energy anda supaya anda nampak lebih berkeyakinan dan aura positif anda akan sampai kepada  individu lain. Semestinya anda akan berasa janggal dengan keadaan ini kerana anda tidak biasa melakukannya di tempat awam yang lain namun ini akan memberi tanggapan pada individu lain bahawa anda seorang yang boleh dipercayaai dan seorang yang berkeyakinan tinggi. Individu yang berkeyakinan tinggi semestinya individu yang mendapat tumpuan.

Bayangkan keseronokan dan semangat anda ketika anda bercerita tentang sesebuah topik yang anda gemari. Bawakan semangat itu bersama anda semasa anda berjumpa dengan kenalan baru dan lihat perubahan rangkaian kenalan anda.

 

Selamat mencuba ya!!

 

Tips Mudah untuk Dapatkan Imej Penampilan Kelas A

Assalamualaikum semua.. Kali ini patik nak berkongsi formula mudah untuk mendapatkan imej ‘kelas A’ agar kita kelihatan lebih bergaya, yakin dan berkaliber.  Terdapat empat elemen yang semunya bermula dengan huruf A.

1. Appropriate – Bersesuaian


Di mana sahaja kita berada, imej haruslah bersesuaian mengikut umur, kerjaya, persekitaran tempat, jenis majlis dan sebaginya. Contohnya jika ke pejabat, gayakan pakaian ke pejabat yang sopan dan kemas selari dengan etika pemakaian yang telah ditetapkan. Our professionalism must speaks louder than appearance.  Begitu juga ketika menghadiri seminar di hujung minggu, janganlah terlalu santai.  Apa kata beri sedikit suntikan gaya, mutu dan keunggulan melalui pemilihan jenis pakaian, warna dan stail.

Gunakan kaedah T.O.P yang telah dikongsikan pada artikel yang lepas untuk mendapat keberkesanan yang maksima. Rajinkan diri anda untuk mencari gaya atau fashion yang bersesuaian mengikut majlis. Jika majlis tersebut mempunyai tema, cuba sebaik mungkin untuk menepati tema tersebut supaya anda tidak kelihatan janggal seterusnya membuatkan diri anda berasa tidak selesa.

Pakaian yang sesuai dah tidak sesuai untuk di bawa ke pejabat. Sumber: Google Image

Pakaian yang sesuai dah tidak sesuai untuk di bawa ke pejabat. Sumber: Google Image


2. Authentic – Asli


Dalam penggayaan, adalah lebih bermakna jika anda menjadi diri sendiri. Tidak salah mempunyai idola sebagai inspirasi dalam berfesyen atau bergaya, namun elakkan untuk meniru dari hujung rambut hingga hujung kaki.  Lahirkan identiti tersendiri agar nampak lebih unik.  Ingat, setiap orang berbeza. Ini antara elemen penting dalam Personal Branding untuk tampil lebih stand out.


3. Attractive – Menarik

Imej harus ada daya penarik atau magnet yang bisa membuatkan orang lain terpanggil untuk mengenali anda. Tidak hanya bergantung kepada pemakaian malah kelakuan dan cara berkomunikasi antara faktor yang menyumbang. Ingat ya, image is not all about what you wear, image is A.B.C. iaitu Appearance, Behaviour and Communication (Rujuk artikel penuh di Instagram patik @wawaidris_imejpatik).

Maka jadilah individu yang sedap mata memandang serta disenangi.  Semua orang harus MENARIK PELUANG.  Peluang apa ya?.. Peluang berkawan dan melebarkan networking, peluang untuk didengari, peluang untuk disayangi, peluang untuk naik pangkat, peluang untuk berniaga dan sebagainya.

4. Affordable – Kemampuan

Ramai yang kata untuk menjadi orang yang segak bergaya ini, perlukan bajet yang tinggi atau mahal. Betul ke? Bagi patik, ikutlah kemampuan kita. Tidak perlu untuk berbelanja lebih untuk menarik perhatian orang.  Ingat, ia bukan soal mahal atau murah,  namun ia bergantung kepada cara pemakaian. Ada juga yang membeli pakaian yang berjenama tetapi nampak macam serba tak kena.

Jom lakukan aktiviti ‘wardrobe spring cleaning’ di hujung minggu.  Banyak pakaian yang jarang dipakai  dan cuba mix & match untuk gaya yang pelbagai.

Peserta diajar teknik mix & match di dalam kelas patik

Peserta diajar teknik mix & match di dalam kelas patik

Ada sahabat patik yang kumpul modal dengan menjual kembali pakaian secara on-line  seperti di dalam aplikasi ‘Carousell’. Hasil daripada jualan boleh digunakan untuk mencari pakaian pakaian baru 🙂

Patik harap, perkongsian pada kali ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada pembaca.  Kepada yang mahu belajar untuk bergaya, buat perubahan secara perlahan supaya anda berasa selesa dengan ‘diri baru’ anda. Selamat mencuba!

Wawa Idris merupakan jurulatih dan usahawan yang sering mendapat jemputan untuk berkongsi kepakaran beliau dalam membina Professional Branding . Beliau adalah Pengarah Urusan kepada Syarikat Wow Virtue Training & Consultancy Sdn Bhd.  Kepakaran beliau adalah membantu syarikat korporat serta usahawan dalam Personal Branding, teknik berpenampilan, etika professional, komunikasi serta khidmat pelanggan.   Berminat untuk berkolaborasi, sila hubungi 019 3830717.

 

NAD ZAINAL – SEORANG LAGI SELEBRITI KELUARKAN PRODUK KECANTIKAN

Hari ini patik menerima jemputan menghadiri Pelancaran dan Sesi Media untuk produk sulong Nad Zainal iaitu AUDELA di Hotel JW Mariot. Kuala Lumpur.

Patik curi selfie..

Patik curi selfie..

Dipendekkan cerita, patik kongsikan lima (5) fakta berkenaan produk  Nad Zainal ini.

PRODUK APAKAH INI?
Sejenis minuman (beauty and health supplement drink) dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dalam air dan diminum untuk kekal cantik, cerah dan kurus.

2

BAGAIMANA PRODUK INI BOLEH MENCANTIK, MENCERAH DAN KURUS?
Menggunakan formulasi terkini untuk memberi kesan 3-5 ganda.

BERAPA LAMA IANYA MEMBERI KESAN?
Seawal 3 – 7 hari.  Tapi dengan banyak minum air kosong dan tidak merokok kesan akan lebih cepat.

SIAPA PATUT AMBIL PRODUK AUDELA?
Untuk remaja akhil baligh dan ke atas yang mahukan kulit cantik, tubuh menawan dan tambah tenaga.

1

 

PANTANG LARANG – patik nak kongsi pantang larang pengambilan produk ini::-
Elakkan kopi dan the semasa minum Audela, tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi, semasa haid dan tidak sesuai untuk mereka yang ada penyakit serius seperti jantung.

7

Produk ini berharga RM229 dan anda boleh dapatkan melalui stokes dan agen.  Silalah rujuk website www.audelabeauty.com.

Patik dah merasa produk ini, rasa berry.. masam manis macam tu… Patik daokan sasaran Nad untuk menjual 10 ribu unit dalam bulan pertama menjadi kenyataan.  Tahniah kepada Yusof, sahabat patik yang bertanggungjawab menghasilkan produk AUDELA ini.

Selesai di Hotel JW Mariot, patik meneruskan langkah seterusnya ke majlis Pelancaran produk kecantikan Eternelle Organic Skincare pula di Grand Millenium Hotel, Jalan Bukit Bintang, KL. Patik suka juga produk ini, terpegun dengan sesi demo yang tunjukkan result yang cepat. Alhamdulillah hari ini diberi peluang untuk bernetwork dengan ramai insan hebat, positif dan berwawasan.

Inilah dia anak beranak pengasas produk Eternelle

Inilah dia anak beranak pengasas produk Eternelle

Cukuplah tulisan untuk malam ini.  Patik perlu sambung beberapa proposal latihan yang diminta oleh klien.  Selamat malam.

 

Wawa Idris merupakan jurulatih dan usahawan yang sering mendapat jemputan sector korporat, awam serta publik untuk berkongsi kepakaran beliau dalam membina Professional Branding . Beliau adalah Pengarah Urusan kepada Syarikat Wow Virtue Training & Consultancy Sdn Bhd.  Kepakaran beliau adalah membantu syarikat korporat serta usahawan dalam teknik berpenampilan, etika professional, komunikasi dan khidmat pelanggan.   Berminat untuk berkolaborasi, sila hubungi 019 3830717.

 

Usahawan Melayu- Brand You

Pada 16hb Januari, Sabtu lepas patik mendapat jemputan untuk membuat perkongsian bersama para usahawan anjuran MARA di Hotel Sani, KL yang dihadiri hampir 200 orang yang majoriti adalah bangsa ku; Melayu.

IMG20160116083719

Patik terasa kacak dengan suntikan gaya Androgyny

Memandangkan kebanyakannya adalah usahawan, maka patik memilih tajuk Brand You. Seperti yang patik katakan, ramai trainer mengajar bagaimana nak menjual produk, tetapi kepakaran patik adalah ‘menjual orang’. Riuh dewan apabila patik berkata begitu.

Ideanya, patik sangat menggalakkan agar usahawan mengambial inisitaif  personal branding. Apabila patik tanyakan kepada mereka, mengapa  ramai usahawan tidak mahu ketengahkan diri mereka? Mengapa ramai mahu menyorok?

Maka antara jawapan yang patik dapat adalah; tidak yakin, malu dengan penampilan diri dan tidak tahu bagaimana mahu menjenamakan diri. Maka patik simpulkan, faktor utama orang kita adalah PERSONALITI.

Patik berkongsi pentas bersama Ustaz Zamri; teman seperguruan di University of Life

Patik berkongsi pentas bersama Ustaz Zamri; teman seperguruan di University of Life

Maka patik kongsikankan langkah awal untuk mencipta jenama sendiri

Pertama: Gali nilai anda (Discover your values)

Proses menentukan nilai diri ini memerlukan kita termenung jauh tentang apakah adjektif atau kata sifat yang menceritakan tentang diri kita. Ianya adalah faktor utama yang menentukan kebanyakan keputusan dalam kehidupan peribadi mahupun kerjaya. Sebagai contoh, sahabat patik menyatakan ‘anak’ merupakan faktor utama. Ada yang menyatakan kejujuran, kewangan, agama dan sebagainya.

Beberapa tahun dahulu Patik sendiri menggali nilai diri patik, dan itulah langkah permulaan patik dalam memilih kerjaya sebagai trainer dan konsultan dalam pembangunan imej.  Antara nilai dlam diri patik adalah Achievement (Pencapaian), Imej & Kecantikan dan Kewangan

Kepada mereka yang terkial-kial mahu tentukan nilai diri mereka (seperti patik dahulu) mungkin website (sila klik) ini boleh membantu.

Screenshot_2016-01-21-06-52-37-403

 

Kedua: Reinvent Yourself ( Bina Semula Diri Anda)

Zon Selesa VS Zon Berani

Zon Selesa VS Zon Berani

Ini adalah perkara paling berat untuk kita lakukan iaitu melangkah keluar dari zon selesa. Agak-agak boleh atau tidak kita menggunakan formular 60:40 ini di mana segala tindakan / keputusan dalam kehidupan seharian, haruslah berdasarkan 60 peratus di Zon Selesa (Comfort Zone) dan 40 peratus di Zon Berani (Courage Zone). Mengikut kajian, kurang dari 10 peratus manusia yang berani untuk berada di Courage Zone. Mereka ini sanggup :-

i. Berani melakukan perkara yang tidak pernah di cuba sebelum ini.

ii. Berani mengambil risiko

iii. Berani menghadapi kesukaran

iv. Berani merasai ketakutan

Namun zon inilah yang membuka banyak pintu peluang. Sebagai contoh, seorang pelajar saya yang pendiam telah memberanikan diri untuk menegur orang yang tidak dikenalinya. Patik tunjukkan cara untuk membina rapport / hubungan dengan cara yang mudah dan pantas. Hanya bermodalkan air liur, beliau telah dapat peluang yang tidak disangka.

Selfie sikit

Selfie sikit

BINA PERSONALITI

Selain itu jangan kedekut untuk melabur ke atas diri sendiri.  Bina personaliti dan identiti melalui signature style yang tersendiri.  Ianya boleh digali dengan melakukan beberapa eksperimen gaya sehinggalah anda mendapat stail yang terbaik buat diri anda.  Untuk memudahkan kerja, apa kata memasuki kelas bimbingan imej yang mengajar anda:-

i. Menggali nilai unik diri anda atau Mat Salleh kata; USP- Unique Selling Proposition

ii. Membina keyakinan diri dan tingkatkan kredibiliti.

iii. Tingkatkan karisma dengan kuasai bahasa badan (body language), etika pergaulan dan etika berniaga.

iv. Kuasai teknik networking yang membina networthing.  Ingat, rangkaian kenalan yang berkualiti mempengaruhi kejayaan perniagaan kita.

v. Kuasai teknik suai padan gaya. Untuk wanita pula harus tahu cara solekan untu penampilan lebih segar dan meyakinkan.

vi.  Ketahui aura warna anda, maka tidak terkial-kial dan serabut dengan padanan warna yang tidak kena.

Atas kesedaran patik untuk bantu mereka di luar sana membina personaliti, insyaAllah patik adakan mengadakan bengkel intensif selama 3 hari 1 malam beserta dengan fine dining (makan malam – pembelajaran etika makan).

Antara Usahawan yang mempunyai personaliti yang tersendiri

Dua tokoh usahawan yang mempunyai personaliti yang tersendiri

 

Setakat ini perkongsian patik.

Wawa Idris; Si Perunding Imej

Wow Attitude Wow Attire

p/s Coretan patik ini adalah curahan idea di waktu subuh.  Thank You Allah ..

 

Pakai towel pun menarik..

As salaam dari patik,

Minggu lepas merupakan minggu yang amat sibuk buat patik, maklumlah minggu terakhir Syawal. Maka banyaklah last minute open house yang perlu dihadiri.

Nampaknya kesibukan patik akan berterusan minggu ini dan minggu akan datang. Maklumlah, selepas sebulan berpuasa, sebulan juga berhari raya, masa dah tiba untuk patik bekerja dan mencari seberapa banyak suap nasi pula.

Dalam kesibukkan patik yang tiada berpenghujung ini, sempat juga patik melayari laman laman web dan online news untuk mengisi ruang otak yang masih banyak vacancy ini untuk dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang bermanafaat.

Ada beberapa berita dan article yang amat menarik perhatian patik. Tapi, sorry kerana menghampakan, hanya satu berita dan satu article saja yang akan patik sentuh di sini kerana satu berita lagi terlalu x-rated untuk patik masukkan di dalam blog ini. Maklumlah, Imejpatik ni rated U. Bukan 18SX ya.

Berita yang satu tu bertajuk “Pasangan Berpisah Kerana Isteri Gila Berfutsal”.  (Harian Metro). Boleh gitu? Apa sudah jadi dengan dunia kita ni? Kalau zaman bonda dan ayahanda patik dulu, ini semua tak pernah pun kedengaran. Ialah, zaman tu futsal pun takda. Sekarang ni bukan sebab futsal saja, sebab salah letak ubat gigi di bilik mandi pun boleh menyebabkan perceraian.

Menurut ceritanya, si suami ni tidak tahan dengan sikap isterinya yang sering meninggalkan beliau di rumah oleh kerana si isteri suka sangat keluar bermain futsal dengan kawan- kawan lain. Ialah, si isteri pun kalau nak main futsal kenalah pergi ke gelanggang futsal. Takkan nak main futsal di rumah? Mana muat nak letak gelanggang futsal di rumah.

Beralih kepada Article yang satu yang patik baca pula bertajuk “7 perkara aneh dilakukan wanita yang amat menarik perhatian lelaki”. Maksudnya, kalau kaum wanita ingin menarik perhatian lelaki, lakukanlah 7 perkara aneh ini. (Sebenarnya bukan aneh sangat pun, yang anehnya ialah kaum lelaki boleh tertarik dan merasakan wanita itu sexy kalau melakukan perkara-perkara simple ini).

Apa dia 7 perkara yang dilakukan wanita yang nampak sexy dan menarik di mata lelaki tu…
1) Pakai cermin mata. So tak perlu lagi kita ni tercari-cari tinted contact lense buatan Korea tu ya.

Sexy (sumber: google)

Sexy (sumber: google)

2) Loghat. Bukan loghat as in perangai ya. Loghat as in dialect kita masa bercakap. e.g. loghat Kelate, loghat Nogori, loghat Ganu etc. Itulah sebabnya lelaki-lelaki di KL ni suka pada Mek Kelate agaknya.

3) Lilitan towel di kepala selepas mandi atau membasuh rambut. Ala-ala memakai turban gitu. Now you know why I went into the turban business 🙂

Ooopps tersilap foto (sumber : google)

Ooopps tersilap foto (sumber : google)

4) Sewaktu wanita sedang mengenakan make-up. Nampaknya, kaum lelaki nampak kita lebih sexy sewaktu sedang bermake-up dan bukannya apabila kita telah mengenakan make-up.

5) Sewaktu wanita sedang bersenam dan exercise. So, untuk si suami yang tidak suka isterinya berfutsal di atas tadi, anda silap. Anda sepatutnya mendapati isteri anda lebih sexy dan menarik sebab dia suka ber-exercise.  Anyway, patik sanggup berlapar rather than exercise in order to get my ideal weight 🙂

Cantiknya dia bersenam. (sumber: google)

Cantiknya dia bersenam. (sumber: google)

6) Wanita memakai celorong celoreng pada pakaian, seluar, beg tangan dan sebagainya. Rupanya lelaki suka wanita yang yang dekat pada nature dan seperti hutan bergerak. Kenapa pula tu?

 

Eh. kembar patik  :-) (sumber google)

Eh. kembar patik 🙂 (sumber google)

7) Wanita yang memakai baju pasangan lelakinya. Yang ni patik suka.  Info lanjut boleh dibaca di wnmlife.com.

Inilah saja yang dapat patik kongsikan di dalam kesibukkan patik sekarang. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa kaitan berita pertama dengan article diatas ini. Pada pendapat patik, pasangan tersebut masih boleh diselamatkan. If you can’t beat her, join her. Mulalah bermain futsal dengan siisteri, perhatikan beliau sewaktu beliau sedang bermain futsal tu, atau sewaktu beliau melilitkan towelnya di rambut basah beliau, boleh juga belikan beliau sepasang t-shirt atau seluar loreng. Atau paling tidak, berikanlah si isteri mengenakan kemeja tuan…mana tau, ‘sparks will fly’ dan you will find each other attractive again.

Till my next posting, salaam dari Imejpatik.

Gempak Raya Jakel 2015

Assalamualaikum dan salam WOW dari patik.

Selepas waktu pejabat patik sempat singgah ke Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Jakel di Wisma Jakel, Kuala Lumpur.  Patik tiba sekitar pukul 6 petang, Walaupun crowd agak kurang pada waktu tersebut,  namun masih terdapat beberapa orang rakan selebriti dan VIPs.

Jamuan Raya kali ini bertema Gempak Raya Jakel menyasarkan kehadiran seramai 15,000 orang.  Wow memang gempak.  Patik masih ingat tahun lepas, patik menerima undangan Jamuan Raya di kediaman pemilik Jakel ini di Ampang, namun tahun ini sambutan yang lebih hebat di bangunan baru. Tahniah Jakel.

Makanan sedap-sedap, tapi patik taklah makan sangat, kerana leka berbual dan berselfie dengan rakan dan taulan, actually on diet 🙂 .

Patik sangat impressed dengan pasangan Bumiputra Datuk Mohamed Faroz dan Datin Farah Philip yang telah berjaya meluaskan empayar mereka.  Terkini patik dimaklumkan Jakel telah melibatkan diri dalam bidang hartanah di bawah syarikat Jakel Development Sdn Bhd.  Projek pertama mereka terletak di Cheras, Kuala Lumpur iaitu J.Dupion telah hampir 70% telah terjual .  Tahukah anda Dupion adalah nama fabrik sutera.  Kreatif juga mereka ini.  Kain sememangnya tidak dapat dipisahkan 🙂

Apa hubungan patik dengan Jakel ini?  Of course, Patik tiada hubungan saudara 🙂 Namun patik pernah dilantik sebagai konsultan untuk melatih pekerja jenama tudung milik Jakel iaitu Ariani dari aspek Customer Service & Grooming- Bengkel Persona Ariani.  Patik sertakan link video di You Tube PERSONA ARIANI untuk tontonan pembaca blog patik.

Sebelum pulang, patik sempat singgah di butik Ariani Ready To Wear.  Koleksi blouse, jubah, jaket dan seluar yang elegan boleh juga di dapati secara online di Ariani Online.

Akhir sekali patik kongsikan beberapa gambar untuk tontonan pembaca .

p/s : Tidak sempat menukar baju, patik datang dengan baju kerja. Nasib baik memang ada di dalam dress code majlis.

Berkesempatan ketemu Datuk Siti Nurhaliza

Berkesempatan ketemu Datuk Siti Nurhaliza

 

IMG20150813191238

Si ayu Datin Farah Philip-antara tulang belakang Jakel

Photo Booth

Blouse lama trending semula

Beberapa hari yang Lepas patik ada membuat posting berkenaan Kabinet Baru. Di dalamnya patik ada mengatakan “patik juga nampak yang beliau ada memasukkan kembali sehelai blouse lama yang telah dikeluarkan dulu…..manalah tahu fesyen lama itu akan kembali trending”.

Yes! ramalan patik benar belaka. Blouse lama telah trending semula. Tak faham ye? Sila baca Kabinet Baru. Baca disini.

Lihatlah saja di majlis-majlis rumah terbuka raya sehari dua ni, baju-baju kurung dan blouse lama dari tahun-tahun lepas mula dipakai semula ke majlis-majlis tersebut. Mana tidaknya, baju raya tahun ni samada dah dihantar dry cleaning belum diambil semula. Atau disebabkan terbeli baju raya saiz ‘bulan ramadhan’ dan kita pula dah masuk dua minggu Syawal. Jadi badan kita pun dah kembali ke saiz asal. Ketatlah pulak baju raya tu. Mau tidak mau, recycle saja lah baju dan blouse lama tu.  Patik sendiri memakai kembali koleksi bjau-baju 10 tahun ynag lepas ke majlis rumah-rumah terbuka.

Untitled

Koleksi baju patik 3 tahun lepas.

Untitled1

Recycle baju patik 10 tahun yang lalu

Senang nak jadi trending bukan?

Bercakap berkenaan blouse lama ni, kali ini patik teringat pula kepada seorang lagi nama besar dari Johor. Bukan patik nak bercerita berkenaan Tan Sri Zeti lagi…cukuplah beliau saja yang patik labelkan “Lembut mu cukup jantan”. Baca sini. Tapi patik rasakan mungkin label ini juga tepat kepada nama besar yang seorang lagi ni.

Baru-baru ini nama Dato’ Seri Azalina Othman Said trending di dalam media. Sporting nya beliau, sehinggakan beliau boleh rapping bersama-sama Joe Flizzow di atas pentas. Kalau nak menarik minat orang muda, seharusnyalah mengikut rentak mereka. Hip-hop kan. Hhmm mungkin..

Apa pun patik tidak berminat untuk bercerita isu-isu viral tersebut. Apa yang patik mahu bercerita berkenaan beliau ialah “ personality style” beliau. Di dalam ilmu personal styling yang patik menuntut sampai ke England tu, patik boleh bahagikan jenis personaliti individu kepada 4 kategori utama dan antaranya adalah personaliti Natural atau Sporty. Beliau ini boleh patik kategorikan kepada seorang yang mempunyai personaliti Natural.

 

Apakah ciri-ciri beliau yang menyebabkan patik katakan beliau ini seorang natural?

  1. Tidak gemar dengan solekan. Kalau bersolek pun, mungkin hanya sekadar bedak dan lip balm Patik ada perasan beliau mungkin terpaksa bersolek semasa profil photoshoot sahaja, macam gambar di bawah. Wah nampak lebih muda, segar dan bertenaga jika bersolek kan.

 

3

(Gambar: Google)

4

Lebih selesa tanpa solekan dan gaya ringkas.

(Gambar: Google)

  1. Gemar kepada warna-warna yang gelap dan natural seperti hitam, putih, cream, kelabu, navy blue, brown.
  2. Lebih cenderung memakai sesuatu yang beri keselesaan seperti pakaian daripada fabrik kapas, menyarung sandal/flat shoe/sports shoes di kaki (kurang suka bertumit tinggi)
  3. Gaya rambut yang sangat simple, which do not require high maintenance.

 

Dan ada banyak lagi ciri-cirinya.. Mengikut observation patik sangat ramai golongan wanita dan lelaki yang berpesonaliti Natural ini.

Jika pembaca nak tahu lebih lanjut boleh menyertai kursus / bengkel anjuran patik. Terdapat sesi analisa personaliti yang bakal mendedahkan tabiat dan kecenderungan gaya/stail seseorang berpandukan gayahidup, kerjaya dan taste dalam berpakaian. Terdapat kelebihan dan kekurangan yang perlu kita tahu.

Perlu ambil tahu ke? Yes! kerana setelah kita mengenali personaliti diri, barulah kita boleh membuat adjustment kepada koleksi pakaian sediaada seterusnya memberi kita clue pakaian yang patut kita beli selepas ini mengikut sasaran kerjaya dan potensi diri kita.

Sebelum patik akhiri kalam kali ini, patik ucapkan tahniah kepada beliau yang dilantik sebagai Menteri di JPM. Ianya bukan suatu tugas yang mudah (patik sendiri tak berminat nak menjadi Ahli Politik, tambah pening kepala patik saja).

Kalau patik diberikan tanggungjawab tersebut, patik hanya tau buat satu perkara sahaja…iaitu menasihatkan kesemua ahli parlimen untuk memperbaiki their “Image ABC”atau dalam bahasa Malaysia “Imej 3K”

 

Kalau nak tau apa itu “Image ABC”…carilah patik ya..

Till next posting.

5

Farah Fauzana antara selebriti yang sering tampil natural. Sukakan denim.

(Sumber:google)

lisa-surihani-ROTIKAYA

Si natural; Lisa Surihani seorang yang simple di luar set. She looks very comfortable in her own skin.(Sumber:google)

jr

Kebanyakan personaliti natural nampak lebih mesra seperti si manis Julia Roberts

P/s: Patik sendiri mempunyai personaliti Classic Elegant & Dramatic.