Transformasi Anak Muda Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)

Bertarikh 28 dan 29 November 2016, patik berpeluang buat pertama kali mengendalikan kursus kepada 28 orang Management Trainees di Felda Global Ventures Holdings Berhad.

 

15203365_1003922079754145_7101129300451986194_n

Izinkan patik selfie dulu sebelum membebel..

 

Seperti biasa, topik yang patik bebelkan adalah berkenaan dengan etika berpakaian, etika berkomunikasi, etika pergaulan rakan sekerja dan majikan, dan sedikit tentang jenama diri. Apa yang seronoknya dengan anak muda ni, mereka menumpukan perhatian dengan baik sekali. Malah, mereka tidak lokek untuk menyuarakan idea dan saling bertukar pendapat.

 

15181465_1003987203080966_6435332184396335780_n-1

Tekun ye dengar patik membebel..

Mereka sangat semangat dalam setiap aktiviti yang patik anjurkan. Pastinya wanita suka tingkatkan ilmu kecantikan diri. Yang lelaki pula, dapat tambah ilmu dalam bagaimana untuk tampil lebih kacak bergaya.

 

img_3096-1

Amboi, concentrate betul main make-up..

 

Setelah selesai tugas patik, dimaklumkan bahawa kesemua mereka telah lulus dalam tempoh percubaan dan diserap sebagai pekerja tetap di Felda Global Ventures Holdings Berhad.

 

Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya mengatasi segala cabaran, dan selamat menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

 

 

You May Also Like

Leave a Reply