“Puan Wawa, bagaimana nak buat kita nampak yakin, walaupun sebenarnya kita ni tidaklah yakin mana pun” – topik bahasa tubuh.
Tahukah anda ini adalah kepakaran yang harus dipelajari oleh semua orang jika nak survive dalam kehidupan. Kita tiada pilihan melainkan harus berurusan dengan orang dan ianya salah satu kunci kejayaan.
Antara faedah mengetahui teknik bahasa tubuh :-
- membantu membina hubungan yang positif dengan rakan sekerja, pelanggan, jiran dsb.
- menarik minat dan memberi motivasi kepada orang ramai.
- meningkatkan aura.
- memperbaiki hubungan silaturrahim antara rakan-rakan
- menyampaikan perbentangan yang memberi impak yang tinggi.
Maka di sini patik kongsikankan 5 teknik untuk survive menggunakan bahasa tubuh demi menambah keyakinan, kredibiliti dan karisma dalam diri:
1. Suntikan Semangat
Pertamanya kita harus perasan yang kita ini konfiden. Cuba fikirkan perkara atau kejayaan lalu yang boleh memberikan kebanggaan seterusnya tambah keyakinan dalam diri. Kemudian, cuba ingat kembali perasaan ketika itu. Ingat dan bayangkan bagaimana anda mempamerkan diri dan gaya ketika anda bercakap. Kaedah ini dapat memberi suntikan semangat ketika mahu masuk memulakan mesyuarat atau ketika hendak memberi ucapan.
2. Gaya Berdiri dan Pamerkan Aura
Kita tidak perlu memberitahu orang tentang status kita kerana kuasa, status dan keyakinan secara tidak langsung dapat dilihat melalui bahasa tubuh dengan cara kita berdiri dan menggunakan ruang di sekitar kita. Saya sangat suka meihat individu yang berjalan dengan aura. Postur badan dengan kedudukan bahu yang betul, tidak menundukkan kepala ketika berhadapan dengan orang ramai.
Apabila anda duduk, letakkan kedua belah kaki anda di permukaan lantai, melebarkan gerak tangan dan meletakkan barang peribadi seperti handphone atau buku nota di tempat yang lebih jauh untuk menandakan kawasan (territory) anda.
Apabila kita berdiri, cuba tampilkan kita lebih berkuasa dan yakin. Jika anda berdiri dengan merapatkan kedua belah kaki, ia menunjukkan yang anda tidak pasti dan teragak agak dengan apa yang hendak disampaikan. Berbeza dengan apabila anda menjarakkan kedudukan kaki ianya menampakkan anda lebih rileks, segak dan yakin.
3. Menggunakan nada suara yang rendah
Cuba bayangkan setiap kali hero James Bond memperkenalkan diri. “Hi, I’m Bond” dengah suara yang rendah. Macho bukan. Macam kurang kena jika James Bond bersuara dengan nada yang tinggi kan. Intonasi suara juga mempengaruhi bahasa tubuh.
Ketika di pejabat, kualiti suara anda adalah antara salah satu faktor yang penting untuk menyampaikan apa yang anda maksudkan. Mereka yang suka menggunakan nada suara yang tinggi (high pitch) menampakkan kurang tegas, kurang berkuasa dan gugup berbanding mereka yang menggunakan nada suara yang rendah.
Salah satu teknik yang mudah adalah dengan merapatkan bibir dan mula humming “Um hum, um hum, um hum.” Dengan mempratikkan teknik ini, anda akan menjadi lebih rileks, tenang dan suara akan berada pada tahap optimal.
4. Gaya dan Kuasa

Cuba lihat postur badan icon “kipidap” ini yang sedang cuba meningkatkan tahap testosterone beliau 🙂
Kajian mengenai efek postur badan kepada keyakinan diri oleh Universiti Harvard dan Columbia Business School menunjukkan sesetengah gaya tubuh dapat meningkatkan testosterone (hormone yang dominan dan memberi kuasa) serta menurunkan hormon tekanan. Antaranya adalah seperti bersandar dan meletakkan kedua belah tangan dibelakang kepala selama dua minit. Anda boleh cuba kaedah ini sebelum mesyuarat yang penting dan patik yakin anda akan kelihatan lebih yakin.
Namun anda perlu melihat situasi, jika anda bertemu dengan pihak yang berkuasa dan anda perlu mendapatkan ehsan daripada mana-mana individu, gaya bahasa tubuh yang terlalu dominan dan yakin adalah tidak digalakkan. Nampak bagus sangat, mudah membuat orang meluat dengan kita.
5. Berikan pandangan mata yang sewajarnya
Anda mungkin pemalu, atau mungkin pengaruh budaya menyebabkan ramai kita yang tidak berani memberi ‘eye contact’. Kekalkan hubungan mata 50-60% dalam setiap perbualan. Cuba fokus di bahagian segitiga antara kedua belah mata dan dahi.
Itulah dia lima teknik untuk mempamerkan bahasa tubuh yang yakin dan berkarisma. Patik akan sambung di entry akan datang. Segala pertanyaan, boleh tinggalkan di ruangan komen.
Till the next posting.
Wawa Idris; Si Perunding Imej
12 comments
Tips yg berguna dan mesti cuba utk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik…
Note : tips yg ke 5 berikan pandangan mata yg sewajarnya…( i ada masalah xboleh pdg lama2)
Takut dri mata turun ke hati…. 😉
Thanks again for the 5 tips above..
Dari mata jatuh kehati, agak sukar saya nak bantu 🙂
Anyway thanx singgah di blog patik
Wow..ilmu baru yang i dapat…teknik2 yg sgt bagus untuk dipraktikkan…Perkongsian yg sgt menarik ini dapat membantu ramai orang untuk tampil berkeyakinan n dapat memberikan kehidupan yg lebih bermutu…lebih2 lagi untuk diri saya sendiri yg banyak kelemahan..tq 4 ur tips…keep it up babe..can’t wait for ur next posting..
boleh praktikkan masa temuduga kerja 🙂
InsyaAllah, selamat mencuba.
boleh pinjam tips ni untuk temuduga kerja 🙂
Bole.h, nantikan sambungan bahagian 2
Tips menarik!
Tips sangat berguna. Tq puan wawa
Sy mempunyai masalah untuk melihat mata seseorang. Kalau melihat pun x boleh lama. Kerana kurang keyakinan diri. Cara mengatasi? selain dr tips di atas.
Hello there! I know this is somewhat off topic but I was wondering which blog platform are you using for this site?
I’m getting tired of WordPress because I’ve had problems with hackers and I’m looking at options for another platform.
I would be awesome if you could point me in the direction of a good platform.
What’s up everyone, it’s my first visit at this site, and piece of writing is actually fruitful for me,
keep up posting such articles.